Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 21, 2013

UMNO RASIS: Hanya Razlan Rafii Yang Berani Sanggah Wee Ka Siong



Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Razlan Rafiii menyanggah bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang cuba bersikap populis dalam usaha mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina kepada MCA.

Dua hari lepas, Wee Ka Siong dalam ucapannya pada Persidangan Pemuda MCA menyatakan UMNO tidak seharusnya bersikap ekstrim yang menjurus kepada rasisme.

Kenyataan Wee Ka Siong itu amat bertentangan dengan apa yang berlaku, termasuklah kepada dirinya sendiri memandangkan dia merupakan antara beberapa orang Ahli Parlimen MCA yang menang pada PRU13 lalu. Wee Ka Siong bertanding di Ayer Hitam dan majoriti pengundi di Ayer Hitam adalah MELAYU.

Pengundi Melayu di Parlimen tersebut adalah 57.91% manakala pengundi Cina pula adalah 37.96%, India 3.96% dan lain-lain, 0.17%.

Wee Ka Siong menewaskan Hu Phang Chaw yang mewakili PAS dengan majoriti 7,310 undi. 

Di sebalik keghairahan masyarakat Cina keluar beramai-ramai pada awal pagi untuk mewujudkan kerajaan pertama berorientasikan Cina yang diketuai oleh Lim Guan Eng dengan memperalatkan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, Wee Ka Siong masih lagi mampu menang dengan majoriti yang besar.

Tidakkah Wee Ka Siong tahu bahawa pengundi-pengundinya pada tahun 2013 adalah Melayu-Bumiputera yang sokongan mereka kepada Wee Ka Siong adalah berteraskan UMNO yang mengetuai Barisan Nasional?

Rasis lagikah UMNO sehingga membenarkan Wee Ka Siong menang dan kekal sebagai Ahli Parlimen walaupun pada dasarnya terdapat banyak rungutan berhubung khidmat yang diberikan oleh Wee Ka Siong di Ayer Hitam melibatkan kelompok Melayu-Bumiputera.

Kalau benar UMNO rasis, rasa-rasanya Wee Ka Siong bukanlah Ahli Parlimen sekarang ini. Bahkan Wee Ka Siong tidak dibenarkan memiliki sebarang harta kekal di sini. Hak mengundi juga tidak diberikan dan Wee Ka Siong serta sekutu-sekutunya tidak dibenarkan duduk secara berselerak serta bercampur dengan kaum Melayu dan Bumiputera. Lebih daripada itu, UMNO sudah tentu akan menghalang Wee Ka Siong dan kaum sejenisnya daripada menjadi kaya atau terlibat menjadi penguasa ekonomi.

Malangnya, UMNO tidak pernah rasis, malah tidak pernah bersangka buruk meskipun Melayu hampir ditebang tebas pada zaman darurat dahulu oleh penjajah yang asalnya pendatang dari Tanah Besar Negeri China yang mendokong fahaman Komunis. UMNO tidak pernah mengungkit walaupun kerja-kerja memperjuangkan kemerdekaan negara ini, hanya melibatkan orang Melayu dan suku Semenda yang sekarang ini dikenali sebagai Orang Asli atau dalam bahasa yang lebih sedap didengar, Pribumi. Ketika orang Melayu dan suku Semenda merayau menjelajah hutan memburu bandit dan golongan subversif bermata sepet yang cuba menjajah negara ini, kaum Wee Ka Siong pula bersenang lenang bersama kaum penjajah kulit putih di bandar-bandar dan pekan-pekan menikmati pelbagai kemudahan yang tidak dapat dinikmati oleh Melayu dan Semenda.

Malah, UMNO yang sengaja memberikan ruang untuk MCA dan MIC untuk konon-kononnya terlibat dalam kemerdekaan walaupun sebenarnya kemerdekaan telah diperjuangkan oleh Melayu dari tahun 1511 lagi.

Agak aneh memandangkan tiada Pemuda UMNO yang berani menyanggah Wee Ka Siong yang barangkali buta sejarah dan terlalu mahu mengikut jejak Lim Guan Eng. Atau boleh jadi juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu seorang pemercaya teori bahawa Melayu adalah pendatang di tanah ini walaupun akhirnya mereka merujuk yang Melayu itu datang dari Sumatera, salah sebuah bekas wilayah beberapa kerajaan Melayu lama dari Semenanjung seperti Kedah Tua, Langkasuka, Gangga Negara, Dinding, Melaka, bahkan Johor-Riau.

Sepatutnya ada Pemuda UMNO yang segera menyedarkan Wee Ka Siong bahawa MCA dan Wee Ka Siong sendiri tidak memberikan sumbangan yang besar kepada 133 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh Barisan Nasional dengan bahagian besarnya adalah UMNO, PBB dan PBS. Kesemua parti tersebut adalah berteraskan Melayu-Bumiputera. 

Timbul persoalan, mengapa agaknya Pemuda UMNO malu-malu atau takut-takut dengan Wee Ka Siong? Adakah kerana bimbang Wee Ka Siong akan berpindah ke kem DAP dan menentang UMNO walaupun hakikatnya, majoriti pengundi sebangsa dengan Wee Ka Siong sudah menetapkan pilihan mereka bahawa mereka tidak akan sama sekali mengundi Barisan Nasional pada PRU14 dan PRU-PRU yang lain?

Patutnya inilah masanya Pemuda UMNO tunjuk garang dan bukannya mengamalkan sikap memujuk dan 'cakap belakang'. Dek kerana perangai itulah, Barisan Nasional hampir menjadi pembangkang. Sepatutnya Pemuda UMNO yang lebih ke hadapan tampil untuk menunjal muka Wee Ka Siong dan menyedarkannya bahawa nasib malang Barisan Nasional adalah disebabkan pengundi-pengundi Cina yang gagal dipikat oleh MCA.

Malangnya, Pemuda UMNO yang ada hari ini hanyalah segerombolan nasi tambah yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah berani bertindak! 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.