Niat
murni Bikers ingin membantu mangsa kemalangan ditimpa musibah apabila
sebuah Myvi telah merempuh motor mereka ketika meletakkan motor
tersebut di laluan kecemasan. Sebuah Myvi yang menggunakan laluan
kecemasan telah merempuh motor tersebut.
Dipetik daripada King
Ajoi :
Niat dua orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu
mangsa kemalangan di highway menjadi sia-sia apabila motor BMW 1000RR
dan DUCATI
yang diletakkan di lorong kecemasan dilanggar oleh pemandu yang
mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk
memotong.
Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari
Tengku Hassan Johor dan Dato Dino, Ketua Polis Pahang yg juga
terlibat dalam ride KSDP kebetulan lalu di situ...Mereka sempat
singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat.
"Selalunya
kalau bikers down orang akan kutuk bikers.Tapi kalau kes cam ni
pemandu kereta yang buat hal sapa yang nak kutuk kalau bukan kita
bikers."
No comments :
Post a Comment