Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 13, 2013

Kurang Ajar dan Bodoh Dakwa Malaysia Amalkan Apartheid

Gambar oleh The Star

Kematian Nelson Mandela bukan sahaja mencetuskan beberapa insiden antarabangsa malah menimbulkan isu kontroversi di Malaysia juga. Biar pun Malaysia terkenal sebagai penyokong kuat Mandela dan dasar anti-aparthied pada masa Tun Dr. Mahahir, ia tidak menghalang seorang pemimpin politik mendakwa Malaysia mengamalkan dasar aparthied dan tidak layak bercakap soal Nelson Mandela.

Malaysia merupakan antara negara terawal dilawati oleh Nelson Mandela apabila beliau dibebaskan. Ini menunjukkan penghargaan Mandela atas sokongan dan perjuangan negara ini dalam menghapuskan dasar Aparthied di Afrika Selatan. Justeru tersangatlah aneh dan luar biasa apabila ada pula pemimpin politik dalam negara sendiri menuduh Malaysia mengamalkan aparthied.

Naib Presiden Parti Keadilan Nasional (PKR) beberapa hari lalu mendakwa UMNO merupakan parti perkauman (Lihat tweeter beliau Lawyer For Liberty) yang tidak layak mengangkat Mandela. Lebih biadap, Ahli Parlimen Padang Serai ini turut mendakwa kaum lain didiskriminasi oleh orang Melayu.
org Melayu je ada feeling? orang lain perlu terima ketidakadilan, diskriminasi sebab nak jaga hati? Kalu gitu sampai skg Apartheid tak habis— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty)December 11, 2013

Kenyataan-kenyataan N. Surendran memberi implikasi serius kepada negara dan boleh mendatangkan imej yang buruk di peringkat antarabangsa jika ia tidak diambil tindakan.

Bagaimanakah sebuah kerajaan yang membenarkan penubuhan sekolah – sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil; memberi pendidikan sama rata kepada semua kaum; memberi bantuan kepada semua kaum; dan membenarkan peguam berketurunan India, beragama hindu dan kelihatan rasis seperti N. Surendran memiliki lesen guaman dianggap melaksanakan aparthied?

Bagaimankah sebuah kerajaan yang membenarkan hampir 3000 sekolah jenis kebangsaan berasaskan bahasa Tamil dan Cina dibuka di negara dianggap sebagai sebuah kerajaan aparthied? Malahan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO turut membuka sekolah aliran kebangsaan untuk semua kaum. Tidak cukup itu, kerajaan inilah juga yang menubuhkan sekolah Wawasan untuk menggabungkan sekolah-sekolah berasaskan kaum dengan sekolah kebangsaan.

Jika Malaysia kerajaan aparthied, bagaimanakah “orang-orang kulit hitam” seperti N. Surendran, Gobalakrishnan dan S. Manikavasagam boleh dipilih menjadi ahli Parlimen? Apakah ini boleh berlaku di bawah dasar aparthied?

Di negara ini semua kaum mempunyai ruang dan peluang untuk belajar, bekerja, berniaga, dan mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan. Malahan semua kaum berkongsi sekolah, taman permainan, tempat makan, tempat hiburan, tempat riadah, pengangkutan awam yang sama. Justeru di manakah dasar aparthied yang dikatakan diamalkan oleh UMNO dan kerajaan ini?

Inikah kerajaan aparthied? Apakah N. Surendaran menulis twitternya dalam keadaan mabuk todi sehingga tidak melihat asas membuat tuduhan?

Siapakah yang bersikap rasis atau perkauman melampau sebenarnya? UMNO atau N. Surendran seorang peguam kaum India yang dilihat mengutamakan segala macam penjenayah kaum India untuk dijadikan isu politik?

Apakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk menyeimbangkan pembahagian ekonomi negara ini dan mengangkat kaum bumiputera yang ketinggalan akibat ditindas oleh penjajah dianggap satu dasar aparthied?

Apakah N. Surendran buta sejarah bahawa perjuangan Mandela juga adalah perjuangan mengangkat penduduk asal kulit hitam di Afrika Selatan agar dikembalikan hak pentadbiran dan kedudukan mereka?


Sekarang jelas siapakah yang sebenarnya rasis dan bersikap perkauman melampau, UMNO atau orang seperti N Surendran.  

surendran


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.