Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 29, 2013

TAKTIK SUDAH TUKAR... DAH TAK JADI GULING KERAJAAN DAH... SEKARANG INI HIMPUNAN AMAN PULAK TAPI KENA BUAT LAPORAN POLIS DULU!!!


Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh. Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan GULING KERAJAAN.

SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, pagi tadi telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak lelaki Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain.

Syed Husain Solahuddin menggunakan nama Angoh Blurs dalam Facebook. (BACA DI SINI)


Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di wakaf Balai Polis Kuala Terengganu. Tukang bercakap adalah Abdul Khalil dan Ahmad Amzad.

Dalam sidang media mereka, GANTI menafikan risalah-risalah Guling Kerajaan yang sedang disebarkan di serata Kuala Terengganu, tidak ada kena-mengena dengan mereka. Konon-kononnya GANTI atau Gabungan Anak Terengganu Insaf ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan masalah masyarakat seperti SABASUN dan lain-lain. GANTI juga merupakan sebuah pertubuhan yang amat berat masalah masyarakat.


Kata mereka lagi, perhimpunan yang dibuat pada 31 Disember 2013 nanti adalah secara lembut dan sopan yang mana bertujuan bagi menyampaikan masalah masyarakat khususnya masalah kenaikan harga barangan keperluan.

Laporan polis dibuat berhubung risalah yang menggunakan nama GANTI di laman-laman web Facebook dan juga dilekatkan sekitar bandar Kuala Terengganu. GANTI dikatakan tidak pernah menyeru rakyat untuk menggulingkan kerajaan dan juga tidak pernah menggunakan topeng untuk melakukan demonstrasi. Penyebaran risalah itu juga dikatakan fitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama GANTI.



Syed Solah telah diminta mmebuat laporan polis kerana dalam risalah tersebut ada namanya. Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam risalah tersebut bukanlah nombor telefonnya.

Paling menarik ialah apabila Syed Solah dikatakan telah difitnah yang mana dikatakan telah menyertai PAS dan menubuhkan perubtuhan untuk menggulingkan kerajaan.



Ternyata, Angoh Blurs yang cukup hebat dalam Facebook, sedang dilanda ketakutan yang teramat sangat sampai perlu menafikan yang dia adalah ahli PAS. Posting-posting yang berkaitan dengan rancangan mengguling kerajaan, semuanya dipadamkan. Dan kemudian, bagi menimbulkan kekeliruan, segera membuat laporan polis kononnya, difitnah.

Eh, bukan ke sebelum ini Angoh Blurs cakap polis dan Cawangan Khas takut terketar-ketar macam orang nak ke tali gantung? Takkan orang yang kata orang lain takut, dia pula yang terpaksa buat laporan polis kata semua itu fitnah? 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.