Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, December 30, 2013

UNIT MAKLUMAT PALSU PKR

Bagi melaksanakan perang saraf secara terancang, PKR telah menubuhkan satu unit khas di bawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi memang dikenali sebagai ‘pakar strategi’ di dalam PKR kerana kebolehannya memanipulasi maklumat tidak kira sama ada maklumat tersebut palsu atau tidak.

Unit ini sebenarnya dimulakan oleh bekas pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK ‘Old Boys’ atau budak koleq) sewaktu PKR yang pada waktu itu dikenali sebagai PKN ditubuhkan pada 1999. Ia turut dianggotai oleh MCKK ‘Old Boys’. Secara kebetulan pula, Rafizi juga merupakan salah seorang daripada MCKK ‘Old Boys’.

Sewaktu tahun 1999, unit ini dipanggil sebagai unit ‘penyelidikan dan pembangunan’ yang mengkhusus kepada penyelidikan isu-isu yang boleh digunapakai bagi menggugat atau menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno dan juga Barisan Nasional.

Tugas unit ini adalah untuk menembusi dinding-dinding rahsia serta menggali sedalam mungkin bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kerajaan juga pemimpin-pemimpin kerajaan yang kemudiannya didedahkan kepada umum.

Pada masa kini, mungkin kerana terdesak, unit ini mula membuat pendedahan demi pendedahan yang telah dimanipulasikan kebenarannya seperti grafik di bawah.

Cerita dongeng mengenai Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh, yang didakwa mahu ‘berhijrah’ ke Malaysia dan kemudiannya bertanding bagi merebut pemerintahan Malaysia pada 2018 kerana ramainya warga Bangladesh di sini adalah contoh terbaik bagi membuktikan betapa dangkalnya cara unit ini berfikir. Menukar satu tragedi kepada jenaka politik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

Permasalahan yang timbul daripada strategi yang sebegini adalah momentumnya tidak mampu bertahan lama malah kebenarannya akan cepat sekali dibongkar.

Pendedahan-pendedahan palsu dan murahan seperti ini hanya akan menggeletek penyokong-penyokong tegar pembangkang dan memberi hanya sedikit impak kepada yang lain.


Mungkin unit ini, juga Rafizi sendiri perlu meningkatkan tahap kecekapan mendapatkan maklumat juga tahap minda mereka dan menjauhkan diri dari terus menggunakan maklumat-maklumat palsu bagi memperbodoh-bodohkan rakyat.

CNN

Memanipulasi sesuatu fakta yang sememangnya tidak benar memang mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit pemikiran. Tokok tambah ala kedai kopi juga boleh digunapakai bagi menyedapkan cerita.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan pendedahan palsu yang dikeluarkan hanya akan menyebabkan kredibiliti unit ini dipersoalkan. Hari-hari depan mungkin akan menyaksikan apa jua yang didedahkan oleh unit ini akan dipandang sebagai sampah oleh rakyat dek kerana terlalu banyak pembohongan dan penipuan.

Mustahil fakta yang mudah seperti ini tidak dapat digapai oleh seorang pakar strategi seperti Rafizi.

APA YANG SEBENARNYA…


(YouTube on CNN Interview: 3 May 2013)




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.