Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 21, 2013

Anwar Ibrahim Sudah Mula Tusuk Jarum Hasutannya


Anwar Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji RM1 tetapi menikmati terlalu banyak kemudahan yang sudah pasti berjuta kali ganda berbanding gajinya, menggunakan wang rakyat Selangor untuk ke sana ke mari. Sepanjang Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, tiada sebarang pembaharuan ekonomi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim walaupun PKR mendabik dada, kewangan negeri Selangor jauh lebih hebat berbanding semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Ironinya, pertunjukan tersebut hanya melibatkan Khalid Ibrahim yang menggunapakai kaedah kapitalis berdasarkan pengalamannya selaku bekas CEO PNB. Anwar Ibrahim sekadar tumpang nama dan dapat kredit buta.

Awal-awal lagi, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah menaikkan gajinya, Exco serta ADUN-ADUN Selangor buat kali kedua dalam dua penggal pentadbirannya. Walaupun Anwar Ibrahim dan Azmin Ali cuba memperlihatkan kononnya mereka tidak suka dengan kenaikan tersebut, hakikatnya mereka cuma berlakon dengan Anwar Ibrahim sendiri telah menghantar surat kepada Parlimen meminta agar elaun Ahli Parlimen dinaikkan.

Mungkin sudah melihat tanda-tanda yang rakyat sedang melihat tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung kenaikan tol memandangkan kesemua lebuhraya yang menaikkan harga tol mereka berada di Selangor dan dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya, Anwar Ibrahim cuba menggunakan kemahirannya untuk menipu.

Kata Anwar, selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dia telah mendapatkan persetujuan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor untuk menghalang kenaikan tol tiga lebuhraya di mana Kerajaan Negeri Selangor adalah pemiliknya. Ini katanya, akan memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada desakan syarikat-syarikat GLC yang juga merupakan pemegang konsensi lebuhraya.

Benarkah kata-kata Anwar Ibrahim itu memandangkan selama ini, Pakatan Rakyat di Selangor cukup kuat menipu dan kemudian pandai pula mengalihkan kesalahan mereka kepada UMNO dan Kerajaan Persekutuan?

Kalau cukai tanah dan harga hartanah yang sememangnya SEPENUHNYA berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor pun, telah dinaikkan berkali-kali ganda, mengapa pula dalam isu tol lebuhraya yang mana Kerajaan Negeri menguasai syer secara langsung atau menerusi anak-anak syarikat, arahan pemberhentian pengambilan tol pada kadar berlebihan boleh dilakukan?

Adakah Anwar Ibrahim fikir, semua orang terlalu bodoh untuk menelan semua pembohongannya? 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.