Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 7, 2013

PAS Buat Kebajikan Bantu Mangsa Banjir Nak Tunjuk Riak, Tuduh Orang Lain Tak Buat Kerja. Ini Bukan Masa Tuding Sana Sini

Petikan dari blog Teganuku


"Keprihatinan Tuanku Sultan tidak pun mendapat liputan media milik PAS sedangkan Sultan Terengganu adalah hak semua rakyat, bukan tergolong kepada penyokong UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Kehadiran Sultan Terengganu pun bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat Terengganu yang sedang ditimpa bencana." 


Membantu mangsa banjir adalah kerja murni tetapi jangan sampai riak!

Kita bersimpati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Chukai, Hanafiah Mat yang agaknya inilah kali pertama sebagai wakil rakyat benar-benar ‘turun padang’ membantu rakyat yang dilanda musibah banjir.





Berdasarkan kenyataannya bahawa ‘beliau sibuk menolong rakyat berpindah tidak sedar rumahnya sendiri telah dinaiki air dan akhirnya terpaksa berpindah ke kawasan selamat’, sewajarnya kita bersimpati dengan beliau dan keluarganya.

Kata 
Hanafiah :“Saya sangat terharu dan sangat sedih kerana sebahagian besar rakyat saya terdiri dari kalangan miskin dan sederhana yang banyak terlibat dengan musibah banjir ini seperti di Taman Perumahan Fikri, Taman Perumahan Mak Lagam, Kampung Gong Limau, Kampung Gong Pauh, Kampung Pengkalan Pandan dan banyak lagi…Semalaman saya tidak tidur kerana turut sama membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan,” katanya dengan nada keletihan.


Malah lebih mengharukan menurut katanya: “Apabila pulang pada jam 5 pagi, air telah memasuki rumahnya sehingga paras lutut dan sekelip mata, naik mendadak menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan kecuali sehelai baju dan seluar ‘track’.”

Membaca lebih lanjut laporan blog menyokong PAS yang disiarkan hari ini, tiba-tiba terasa geram dan meluat, walaupun bersimpati mulanya. Tiga baris terakhir laporan bertajuk “Banjir Luar Biasa; ADUN Chukai Mungkin Tidak Dapat Hadir Sidang DUN” yang berbunyi: “…beliau mendakwa kelibat pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak kelihatan ketika rakyat kesusahan banjir.”


Blog berkenaan memetik Hanafiah sebagai berkata: Sehingga hari ini (4 Disember), saya belum nampak kelibat pemimpin politik Umno-BN yang turun membantu rakyat kecuali di kalangan kakitangan kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba), anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis, kakitangan JKR, Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dan sukarelawan Jabatan Amal (Unit Amal). Pemimpin kerajaan yang dikatakan berslogan ‘Rakyat Didahulukan’ itu belum kelihatan turun ‘padang’ untuk membantu rakyat, tegasnya.


Wahai ADUN PAS Chukai…kalau nak bantu tu bantulah…amat baik kerja amal tu…tetapi apabila mengata orang atau mahu menunjuk-nunjuk yang kita membuat kebajikan, itu sudah termasuk dalam perbuatan yang dianggap `riak’. `RIAK itu dimurka oleh Allah. Bukan begitu?


Mungkin wakil rakyat ini hanya terlibat di kawasannya dan tidak kawasan lain.

Kalau beliau merujuk ke tarikh 4 Disember….pada tarikh itu mungkin benar Menteri Besar yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada di kawasannya.

Seperti 
saya tulis sebelum ini, pada hari berkenaan, Menteri Besar sampai di KLIA dari luar negara pun sudah jam 7 malam dan ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Exco.

Namun kenyataan Hanafiah tidak tepat dan adil terhadap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ADUN Air Puteh,





Wan Hakim Wan Mokhtar. Ahmad Shabery bergegas pulang ke Kemaman pada hari berkenaan sementara Wan Hakim tidak pun hadir ke ke mesyuarat Precouncil Sidang DUN Terengganu kerana masalah banjir yang melanda kawasannya.

Wan Hakim ialah Pengerusi BNBBC DUN Terengganu dan keprihatinan beliau kepada ‘masalah rakyat’ jangan diperkecilkan oleh Hanafiah begitu sahaja.


Kalaupun mahu menonjol diri, tonjollah….tetapi jangan sampai memperkecilkan usaha dan penat jerih orang lain. Bantu dan berkhidmatlah kerana menang Yang Berhormat kerjanya membantu dan menolong rakyat. 

Dan apabila membantu rakyat jangan pula mahu menunjuk-nunjuk.

Juga tidak faham kenapa laman berkenaan baru siar kenyataan Hanafiah semalam sebagai berita utama (6 Disember 2013 sedangkan temubual dibuat pada 4 Disember 2013).

Langsung tidak faham tujuannya. Apakah mahu tunjuk bahawa beliau mendahului Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir kelmarin? Tahniah kepada Hadi kerana turut prihatin kepada rakyat di Kemaman.

Kita bangga dan merafatkan ucapan terima kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mencemar duli melawat mangsa banjir di Kemaman pagi kelmarin.


Tuanku diiringi Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kemaman serta pemimpin serta pegawai negeri.

Keprihatinan Tuanku Sultan tidak pun mendapat liputan media milik PAS sedangkan Sultan Terengganu adalah hak semua rakyat, bukan tergolong kepada penyokong UMNO atau Barisan Nasional sahaja.

Kehadiran Sultan Terengganu pun bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat Terengganu yang sedang ditimpa bencana.


Apakah media milik PAS merasakan lawatan terhadap mangsa banjir oleh Hanafiah dan Haji Awang lebih penting daripada lawatan Sultan Terengganu berkenaan?

Bukan itu sahaja. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO untuk melawat mangsa banjir di Kemaman. Kalau tidak mahu membuat liputan terhadap Muhyiddin kita fahamlah!


Namun,  dalam menyampaikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa banjir Kerajaan Negeri Terengganu tidak tanya pun sama ada seseorang atau keluarga itu mengundi UMNO, BN atau PAS!

Sehari sebelum itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2013  terus bergegas ke Pahang untuk meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa.

Jadi berpada-padalah pemimpin PAS MENUNJUKKAN BAKTI KEPADA RAKYAT, jangan sampai rakyat meluat dengan gelagat dan tindak tanduk mereka.

Tak kisahlah kalau mahu memasang bendera PAS pada lori, sampan atau sebagainya ataupun datang dengan TANGAN KOSONG, sekadar bertanya khabar.

Biarlah berniat ikhlas, bukan kerana mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin PAS semata-mata.

Paling penting tidak RIAK!


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.