Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 25, 2013

Kisah Tol Lebuhraya Dan Anda…

plaza tol

Anda memiliki sebuah syarikat. Syarikat anda menyediakan perkhidmatan awam demi kepentingan rakyat. Nama syarikat anda ialah XYZ Highways Bhd dan anda mengikat perjanjian dengan kerajaan untuk menjayakan satu projek konsesi lebuhraya di negara kita. Maka perjanjian pun dimetrai…

Kalau diikutkan perjanjian, anda berhak menaikkan kadar tol secara berjadual. Namun atas rayuan pihak kerajaan, anda mengalah dan tidak menaikkan kadar tol selama lebih 6 tahun. Memang anda masih untung, namun anda punya kurang daya saing untuk mengembangkan perkembangan perniagaan andalah…

Namun atas dasar menghormati kerajaan dan sikap bertimbang rasa pada rakyat yang menggunakan khidmat lebuhraya anda, anda pendamkan rasa selama 6 tahun. Lagipun, setiap kali anda menyuarakan isi hati nak naikkan kadar tol, kerajaan merayu pada anda. Paling tak tahan, rakyat pula mengutuk anda sebagai zalim 24 jam setiap hari…

Itu kisah pertama. Kisah kedua pula…

Anda merupakan seorang Perdana Menteri di sebuah negara yang mempunyai lebih 15 lebuhraya bertol. Semua lebuhraya itu dibina ketika anda belum lagi menjawat jawatan Perdana Menteri. Meskipun anda sebelum itu merupakan salah satu Menteri Kabinet, anda tidak bertanggungjawab pun terhadap pembinaan konsesi lebuhraya-lebuhraya tersebut…

Sebetulnya, Perdana Menteri sebelum anda telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuhraya-lebuhraya itu sejak anda belum menjadi Perdana Menteri lagi. Setelah anda menjadi Perdana Menteri, anda pun mengambil langkah yang sama menangguhkan kenaikan kada tol. Hingga kini, sudah 6 tahun hak perjanjian syarikat konsesi lebuhraya itu anda “langgar”…

Hasilnya, setiap kali bertemu pemilik syarikat konsesi lebuhraya untuk memkaji semula kadar tol setiap tahun, anda akan rasa segan pada mereka. Naik “tebal” pula muka bila kerap merayu meminta ehsan mereka untuk tidak menaikkan kadar tol. Tapi demi rakyat, anda berdepan juga dengan mereka…

Mungkin setelah 6 tahun kerajaan anda “menebalkan muka” pada pemilik syarikat konsesi lebuhraya, anda membuat keputusan untuk menaikkan sedikit kadar tol di beberapa lebuhraya. Itupun bagi segelintir lebuhraya saja, manakala lebuhraya utama tidak dinaikkan kadar pun.

Lagipun, sepanjang anda menjadi PM, anda sudah menutup beberapa plaza tol lebih awal dari jadual sepatutnya. Malah lebih 7 plaza tol yang telah dimansuhkan kutipan tolnya.

Bukan itu saja, demi mengenangkan hidup rakyat, 3 lebuhraya anda paksa untuk kurangkang kadar tolnya. Mujurlah pemilik konsesi faham dan sanggup bertimbang rasa.

Kali ini, hanya kerana berura-ura untuk menaikkan kadar tol bagi segelintir kadar tol di bandar besar yang kononnya “advance” dan “berpendapatan tinggi”, anda dikecam hebat pihak pembangkang dan dituduh sebagai zalim serta tidak berperi kemanusiaan. Belum naikkan pun, tapi sudah teruk dicaci dan dihina semahu-mahunya…

Itu kisah kedua dan ini pula kisah terakhir…

Anda merupakan seorang Mat Despacth di Kuala Lumpur. Anda sewa rumah Subang Jaya bersama rakan-rakan dan setiap hari berulang alik menggunakan lebuhraya. Tapi memandangkan anda ke tempat kerja menggunakan motorsikal, maka anda tak paya bayar tol pun. Lagipun, anda memang tak punya kereta. Maklumlah, anda gemar  “merempit”…

Tapi bila kerajaan berura-ura nak naikkan kadar tol, andalah manusia paling marah dalam dunia. Bila pemimpin idola anda, Mahfuz Omar, menjerit atas pentas ceramah mengutuk kerajaan menaikkan kadar tol, andalah orang paling depan di pentas itu yang melolong mencaci pemimpin kerajaan…

Bila diajak berdemo di jalanan, andalah berada di barisan hadapan. Siap berhelmet, kononnya sebagai langkah keselamtana takut FRU pukul (padahal selalu pergi kedai tak pakai helmet!). Anda dan rakan-rakan “rempit” anda menjerit terlolong memaki hamun. Ganasnya bagai disampuk syaitan…

Padahal, anda tak pernah bayar tol pun seumur hidup. Kalau naik kereta dengan keluarga pun, ayah anda yang bayarkan tol. Anda tidak sedar bahawa memaki hamun dan melakukan kekacauan itu budaya syaitan. Dosa anda letakkan ketepi. Masa berdemo, anda lupa solat. Kalau bersolat sekalipun, ia tidak mampu menghalang lidah anda dari mencarut…

Berdasarkan ketiga-tiga kisah itu, apa pandangan para pembaca? Atau anda mahu menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur pada nikmat Allah SWT dikurniakan sebuah kerajaan yang sekian lama memikirkan tentang kehidupan rakyat? Meskipun dicaci dan dihina, kerajaan yang anda maki itulah yang selama ini cukup prihatin memerah otak cuba menjaga kepentingan kita…

Suka atau tidak, hakikat itu memang benar. Kerajaan BN bukan sengaja menaikkan harga tol tahun depan. Namun dek kerana perjanjian yang Anwar Ibrahim tandatangan dulu, maka terpaksalah kerajaan berlaku adil pada pemilik syarikat konsesi lebuhraya.

Pun begitu, kita perlu bersyukur kerana kerajaan belum pun menaikkan harga tol. Malah mereka masih lagi memerah otak memikirkan mekanisma untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan kadar tol tersebut. Teruk sangatkah poket anda kalau kena bayar tol nanti? Ada sampai kena gadai gelang dan rantai anak isteri sebab nak bayar tol? 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.