Kenaikan
harga barang belakangan ini amat meresahkan semua pihak sehingga ada
pihak yang sanggup mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai mahu
menggulingkan kerajaan dan ianya sedikit pun tidak memperbaiki harga
barang di pasaran.
Persoalan utama, adakah penganjur ini benar-benar faham tentang maksud kenaikan harga barang dan punca-puncanya? Perlukah Kerajaan mengawal keseluruhan harga barang di Malaysia. Tahukah anda dengan mengawal keseluruhan harga barang di pasaran, sistem ekonomi kita akan terjerumus kepada Sistem Ekonomi Tertutup sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara komunis yang mengawal kekayaan dan ekonomi negara dan rakyat secara keseluruhan. Tidak dinafikan Kerajaan ada peranan dalam pengawalan harga barang di Malaysia seperti subsidi, rebate dan sebagainya tetapi ada had dan tahapnya.
Bagi
mereka yang kerap ke pasar untuk membeli makanan basah, perubahan
harga pasti dapat dirasakan secara ketara. Biarpun Menteri KPDNKK
menyatakan bahawa harga tidak banyak berubah, tetapi hakikatnya
pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dengan nilai
wang semakin kecil.
Secara
mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah berkenaan.
Namun
bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa kerajaan bukannya
penguasa atau penentu harga di Malaysia, pasti akan melihat masalah
sebenar kenaikan harga di Malaysia berakar umbi kepada golongan
pemborong. Golongan pemborong yang merupakan antara golongan yang
tidak tersentuh dek undang-undang, telah lama menjadi begitu berkuasa
dalam penentuan harga dan melakukan tekanan serta desakan terhadap
rakyat namun tidak pernah dipersalahkan dan terjejas.
Beberapa
bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana
persatuan-persatuan pemborong, termasuklah persatuan-persatuan yang
memberikan perkhidmatan seperti persatuan pengusaha bas sekolah,
melakukan tekanan dan desakan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan
kadar bayaran. Sekalipun kerajaan memberikan amaran akan bertindak
tegas terhadap kenaikan kadar bayaran yang tidak dibenarkan, mereka
langsung tidak takut. Malah secara sinis, mewujudkan persepsi yang
diterima ramai bahawa kerajaan tidak akan mampu berbuat apa-apa
melainkan hanya memberi amaran kosong.
Persatuan-persatuan
perniagaan yang berasaskan makanan juga turut menggunakan alasan
pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Malah antara
alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir dan
negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya
semata-mata untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh
persatuan-persatuan pemborong itu.
Sekalipun
di Malaysia, industri perikanan berada di bawah kuasa LKIM namun
kegiatan pemborong pula seolah-olah tidak tertakluk di bawah
Kementerian Pertanian, LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan
harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang
persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak
masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.
Penghujung
2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga berasaskan makanan
tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah rpengguna.
Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah
menaikkan harga. Dan menariknya, apabila ditanya kepada pemborong,
mereka segera menuding kepada kerajaan. Kononnya, kerajaan yang
menaikkan harga dan ramai yang sangat percaya dengan tohmahan
pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.
Kerajaan
dipersalahkan kerana membuat keputusan berhubung tarif elektrik,
harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga
terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa barangan
lain. Seringkali keputusan kerajaan pula, amat tertakluk kepada
tekanan daripada para pemborong ini. Bagi mengelakkan kekurangan
barangan di pasaran, kerajaan akhirnya terpaksa berlembut hati dan
menaikkan harga. Selain itu terdapat juga faktor perjanjian seperti
dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan terpaksa akur.
Dan
kesemua itu mempunyai alasannya yang tersendiri… alasan yang
seringkali membabitkan faktor kos luaran menyebabkan kerajaan gagal
mengekang kenaikan harga. Namun masalah paling utama kepada kerajaan
adalah pemborong. Pemborong menentukan tekanan dan akhirnya kerajaan
terpaksa akur bagi memastikan rakyat tidak kekurangan bekalan
makanan.
Kebanyakan
rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan perangkap pemborong yang
berselindung di belakang parti-parti politik pembangkang terutama
sekali DAP, akan segera menyalahkan kerajaan bagi sebarang kenaikan
harga. Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis dan
kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan
bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan
kepada kerajaan walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan
bagi membolehkan tekanan kepada permintaan dan harga dinaikkan.
Itu
yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di Malaysia bukanlah
kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan tekanan dan
pemborong membiayai sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan
menerusi demonstrasi dan kerja huru-hara yang lain, tetapi sebahagian
rakyat tetap melihat Kerajaan yang bersalah. Pemborong mencetuskan
krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan.
Ramai
yang berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya jalan terbaik
untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti
yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta
minyak masak, tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan
pasaran terus huru-hara apabila pihak yang monopolinya telah
dipecahkan, bertindak membiayai pembangkang dan menyalahkan kerajaan
selain mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.
Amat
malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya seringkali
berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan
asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya
menganggap jalan termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan
harga di dalam negara adalah dengan menukar kerajaan atau
berdemonstrasi di jalanraya.
Yang
pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu
menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai
matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para
pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana
kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang
sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain
terjejas kerana permainan politik para pemborong.
No comments :
Post a Comment