Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 25, 2013

Rakyat Selangor Tertekan, Patutkan 1 Malaysia Terjangkit Sawan?

1477364_750957311598349_229509_n

NAK dikirakan, rakyat yang menetap di Selangor adalah paling tertekan atas pelbagai kenaikan yang telah dan akan berlaku di negara kita.

Disamping beberapakenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat keputusan kerajaan persekutuan merasionalisasikan subsidi untuk memberi lebih banyak kepada golongan sasar, rakyat Selangor juga dibebani oleh kenaikan yang disebabkan oleh pentadbiran negeri itu sendiri.

Antaranya, kenaikan cukai pintu sebanyak 120%, harga rumah yang 30% lebih mahal dari negeri lain akibat caj pemajuan yang dikenaikan kerajaan negeri untuk setiap rumah siap, kenaikan caj parkir kereta dan terbaru lesen perniagaan yang naik sebanyak 300%.

Semua kenaikan ini akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat Selangor.  Orang bodoh saja yang akan percaya kenaikan lesen perniagaan sebanyak 300% itu tidak akan memberi kesan kepada harga barangan dan perkhidmatan yang dijual para peniaga.

Dalam masa yang sama, banyak infrastruktur asas di negeri tersebut tidak diselenggara dengan baik seperti jalan-jalan raya kerana kerajaan negeri menyimpan wang tersebut supaya rizab negeri tersebut nampak banyak selalu.

Akibat dari kegagalan kerajaan negeri menyelenggara jalan dengan baik, setiap pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk tujuan penyelenggaraan.

Semua ini menjadikan segalanya mahal dan menambah tekanan kepada rakyat Selangor akhir-akhir ini. Itu tak disebutkan lagi peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan asas seperti gas memasak - turut dikesan berlaku di Selangor.

Kerajaan persekutuan telah cuba membantu dengan menyalurkan wang cukai rakyat Malaysia sebanyak RM 400 juta untuk menahan kenaikan 13 konsesi tol dalam bandar (bukan antara bandar) di Selangor.

Tapi keadaan itu akan berubah tidak lama lagi kerana tidak adil kepada rakyat dari negeri lain membayar untuk kemudahan yang hanya dinikmati rakyat Selangor saja, bukan depa tu menyokong kerajaan BN pun (baca dari segi majoriti).

Hampir semua negeri di Malaysia ini tidak ada tol dalam bandar (kecuali di Pulau Pinang kalau tak silap penulis), tapi rakyat negeri-negeri tersebut terpaksa membayar RM 400 juta dari kutipan cukai mereka untuk kesenangan rakyat Selangor, ini tidak patut dan tidak adil.

Orang Sabah dan Sarawak lagi sakit hati, mereka tidak ada lebuhraya bertol pun tapi cukai mereka turut digunakan untuk menampung kesenangan rakyat Selangor.

Tindakan kepimpinan kerajaan negeri menaikkan gaji sendiri sebanyak beratus peratus, turut menyakitkan hati rakyat Selangor, seolah-olah tidak peka dengan kesusahan rakyat.

Untuk menutup mulut, kakitangan kerajaan negeri diberi setengah bulan bonus, dan 18,000 dari lebih setengah juta pelajar di Selangor, dapat baucer kasut Bata sebanyak RM 30 – hasil selidikan penulis, semua kasut sekolah Bata dijual lebih RM 30.

Dahlah tak semua dapat, yang dapat pun kena tambah duit baru dapat kasut.
Ironinya, dalam masa yang sama. pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang yang sama juga yang menunjukkan prihatin dengan kesusahan rakyat dah menyalahkan kerajaan BN kononnya tak prihatin.  Yang naik gaji beratus persen tu prihatin sangat ke?

Maka itulah untuk mengalih kesilapan mereka sendiri, maka dirancang perhimpunan menggulingkan kerajaan pada malam tahun baru – alasan menurunkan kos sara hidup.

Walhal tidak ada apa barangan asas yang naik pun, semuanya masih dalam keadaan terkawal, kecuali di Selangor, akibat faktor-faktor yang penulis sebutkan di atas.

Itu saja ceritanya.  Pembangkang tidak boleh membantu rakyat di negeri masing-masing pun dalam soal kos sara hidup, walhal setiap satu perintah satu negeri saja, lagi nak salahkan kerajaan pusat yang perintah satu Malaysia pulak?

Akai ada?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.