Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

Mahkamah tolak petisyen Barisan Nasional bagi kerusi DUN Klias


Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasneh bagi membatalkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Lajim Ukim di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Hakim Datuk Yew Jen Kie juga memerintahkan Isnin membayar kos RM50,000 kepada Lajim.

Dalam penghakimannya, Yew berkata tidak ada bukti bahawa Lajim tahu atau membenarkan pengagihan wang tunai RM50 dan kupon bernilai RM100 sebagai insentif untuk mengundi beliau di kawasan DUN Klias pada PRU13.

Sejurus selepas keputusan diumum, Isnin memaklumkan pemberita bahawa beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.
Sementara itu, Lajim yang kelihatan terharu dengan keputusan berkenaan, menerima sorakan daripada penyokongnya di luar mahkamah.

Isnin menamakan Lajim, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Klias Jupari @ Jupty Etok dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Bagaimanapun, pada 5 Ogos lepas, Yew memerintahkan agar SPR dan Jupari dikeluarkan daripada senarai responden kerana pempetisyen gagal mematuhi peruntukkan undang-undang berkaitan Akta Kesalahan Pilihanraya.

Isnin memfailkan petisyen itu kerana mendakwa berlaku perbuatan rasuah serta penggunaan bahan kempen yang tidak memaparkan nama pencetak semasa kempen pilihan raya di kawasan berkenaan.

Beliau diwakili peguam Jaapar Esteban, Rizuan M Borhan, Saiful Azian Mokhtar dan Muamar Julkarnain manakala Lajim oleh peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk Lawrence Thien.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, Lajim memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 179 undi


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.