Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

[ VIDEO ] Banjir: 34,058 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang




KUANTAN, 5 Dis (Bernama) -- Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam Khamis, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada BERNAMA, di Kuantan.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan pada sebelah malam.
 

--BERNAMA 

 
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.