Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 13, 2013

MENTERI BESAR SELANGOR


MB SELANGOR PAS


SANDIWARA AZMIN BERJAYA MEMPERBODOH PAS

Keputusan di Selangor sangat jelas iaitu PAS menang 15 kerusi, DAP 15 dan PKR 13. Tidak ada dalam dunia parti yang menang lebih besar dan diberikan tempat di dalam perlembagaan (Undang-Undang Tuboh Negeri Selangor) tidak mahu memegang jawatan Menteri Besar, melainkan parti itu sudah kena liwat terlalu jauh ke dalam sehingga tidak mampu lagi menggerakkan badan dan minda mereka!

Dalam konteks Selangor, sudah tentu yang paling layak ialah PAS kerana ketuanya seorang Melayu dan Islam. Dua syarat ini sangat penting. Walaupun DAP turut mendapat 15 tetapi ketuanya bukan Melayu dan bukan Islam. Maka secara automatik terketepi.

Melihat kepada situasi tersebut, Anwar telah meminta Azmin Ali supaya create suasana kononnya pergaduhan dan perebutan kerusi jawatan Menteri Besar di antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Tujuannya supaya semua pihak akan bercakap Azmin Ali yang layak, di sebelah pihak pula di dalam PKR juga akan mengatakan Khalid Ibrahim paling layak.

Maka, orang akan melihat perebutan yang layak hanya antara mereka berdua sahaja.

Maka, PAS pun jadi pening kerana perebutan hanya berlaku di kalangan dua orang kuat PKR. Tidak ada sesiapa di dalam PAS berkata Dr. Rani yang layak atau calon PAS yang layak kerana lebih majoriti. Maka semua orang pun melupakkanlah dan tidak memandang PAS.

Orang hanya bercakap tentang Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Selepas sandiwara pertama, Azmin Ali mula sejuk dan akhirnya Khalib Ibrahim kelihatan semakin relevan menjadi Menteri Besar walaupun jumlah kerusi PKR lebih sedikit. Gaduh-gaduh mereka pun, jawatan MB jatuh kepada PKR juga. Angguk-angguk PAS pula kelihatan menjadi semakin bengong!

Sayang sekali, PAS sangat suka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.

Alangkah baiknya kalau mereka berkeras dan memegang tegas prinsip kemenangan bahawa mereka lebih majoriti 15 kerusi maka merekalah lebih berhak menjawat jawatan Menteri Besar.

Jika PAS berjaya menjadi Menteri Besar, maka itulah peluang kepada mereka menerapkan Pemerintahan Islam di Selangor dengan Menghapuskan Kilang Arak, Menghapuskan pusat-pusat pelacuran, Melaksanakan Hudud di Selangor dan menetapkan Bukan Islam di Selangor supaya membayar Jizyah kerana menetap di negeri pemerintahan negeri Islam.

LGE SINDIR PAS
Kalau di Pulau Pinang, DAP boleh tunjuk PAS supaya ikut cara pemerintahannya, kenapa di Selangor PAS tak boleh tunjuk DAP supaya mengikut pula cara pemerintahan mereka? Apa pandangan anda?

Malahan pula, Lim Guan Eng sindir PAS dengan kata-kata ini, "Dua negeri (Kelantan dan Pulau Pinang) sudah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Saya fikir sepatutnya Selangor yang paling cepat,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan DAP Kebangsaan.

PEMENANGNYA IALAH
Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, esok. Bercakap kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kira-kira pukul 11.30 pagi ini di Istana Bukit Kayangan, di sini, Abdul Khalid berkata, istiadat tersebut akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang bermula pukul 9 pagi.

YANG KEMPUNAN IALAH
Anda jawab sendirilah...


Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.