Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 12, 2013

PRU13: Boleh Pulak Iktiraf 192, Tak Iktiraf 30!!


IMG-20130501-WA0037


BUKAN rahsia Anwar menyasar 30 kerusi parlimen tambahan lagi untuk membolehkan dia menjadi Perdana Menteri dengan cara penipuan, bukan pemilihan.  Maklum saja, Anwar lebih tertekan sekarang berbanding sebelum pilihanraya umum berlangsung kerana komuniti cina hari-hari bertanyakan janji Anwar kepada mereka.

Apa nak jawab?  Jadi hidupkanlah peluang yang sebenarnya tidak ada.

Itulah akibatnya menipu terlebih sangat, sekarang bila dah kantoi, merapu, mencipta ilusi yang pelbagai untuk memberi justifikasi kenapa kalah hari itu.

Kalau ada terlupa, penulis nak ingatkan pembohongan Anwar sepanjang kempen dan semasa hari pengundian:-

  1. Dakwaan 40,000 pengundi hantu dari Sabah/Sarawak dibawa dengan pesawat komersial dan tentera
  2. Dakwaan pengundi hantu Bangladesh yang ditangkap di Selangor, sampai sekarang tidak ada laporan polis.
  3. Dakwat kekal yang tidak kekal dan ada orang mengundi 2 kali, tapi siapa dia orangnya tu?
  4. Blackout di 30 tempat yang satu pun tidak dinamakan secara rasmi oleh Anwar.  Ya, macai-macainya ada buat senarai, tapi tak disahkan dengan bukti.


Peliknya, kenapa macai tidak menanyakan Anwar tentang kebenaran semua dakwaan tersebut, apa follow upnya ke atas semua dakwaan tersebut?  Lebih menarik, tak satu laporan polis pun dibuat ke atas semua tuduhan di atas, hanya gebang-gebang macam itu sajalah.

Lim Kit Siang lagi best, dah tua-tua pun nak menipu juga lagi.  Sementara Pengerusi Karpal Singh gembira dengan keputusan pilihanraya kali ini, Kit Siang pula dikatakan menerima keputusan secara am, tapi menolak keputusan di 30 kawasan parlimen.

Macam mana tu? Kalau ini pilihanraya penuh penipuan, ia sepatutnya berlaku di semua tempat, bukan 30 tempat sahaja.  Persoalannya sekarang apa signifikan 30, kenapa tak 40?  Adakah Kit Siang menjadi burung kakaktua dengan mengulang dakwaan Anwar kononnya berlaku blackout di 30 tempat?

Dari apa yang penulis lihat, Anwar dapat idea 30 kawasan ini kerana dengan tambahan 30 kawasan itulah dia boleh membentuk kerajaan dengan majoriti paling mudah.

Itu saja, yang penting rakyat perlu tahu, Anwar menipu lagi buat kesekian kalinya.


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.