Selepas
gagal menawan Putrajaya dengan ketinggalan jauh di belakang DAP (38 kerusi),
Anwar semakin terdesak melepaskan kekecewaannya di hadapan penyokong tegarnya
di Kelana Jaya, malangnya ditempelak dan dimalukan oleh Azmin Ali dan Datuk
Harun Taib.
Anwar menuduh UMNO guna wang untuk membeli undi, walhal semasa perhimpunan di Tawau, Anwar dan PKR telah membayar RM50.00 kepada sesiapa yang hadir mendengar ceramah dan perhimpunan Anwar.
KETIKA ANWAR
DI TAWAU
Katanya,
"orang datang ceramah Anwar bukan mahu dengar ceramah Anwar, tetapi mahu
dapat wang RM50.00 seorang siapa-siapa yang datang".
Ada di
antara penerima wang itu Pendatang Asing atau Pekerja Asing dari Filipina dan
Indonesia! Lihatlah Anwar sendiri membayar warga asing untuk meramaikan
majlisnya!
Maka tidak
hairanlah bahawa di Semenanjung Malaysia, Anwar dan PKR melakukan modus yang
sama, "dia yang ambil Bangla, dia yang beri IC Palsu kepada Bangla, dia
bawa Bangla naik Bas, dia suruh Bangla berbaris dan dia pura-pura tangkap
Bangla depan siber troopers dia". Perkara ini kami berjaya dedahkan di
http://mymassa.blogspot.com/2013/05/rahsia-bocor-pengundi-hantu-bangla.html
Kami sedia
memberikan bukti penerima ini kepada pihak SPR , IDEAS, PEMANTAU malah pihak
berkuasa. Kalaupun nak siasat, pasti akan berjumpa lebih ramai orang yang
dibelibayar oleh Anwar dan PKR supaya meramaikan majlis ceramah Anwar di Tawau.
Maknanya,
apa yang dimomokkan Anwar kononnya berlaku beli membeli undi nampaknya kena
semula ke batang hidung Anwar!
Anwar bila
berceramah kononnya dia Malaikat yang putih bersih berkilat, tapi dijawab oleh
Azmin Ali dengan kata-kata, "berlaku amalan Nepotisme, Kronisme dalam
PKR".
Nota: Berita
lanjut hal berlaku percubaan Anwar beli YB PKR Sabah boleh dibacafaham di
ruangan komentar dalam blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/
Baca seterusnya : Di sini
No comments :
Post a Comment