Saya petik artikel ini dari Bloger Suara Nibong. Rasa tersentuh hati apabila membacanya bilamana Pas yang semua orang tahu memperjuangkan Islam, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 'MABUK' kuasa. Biarpun berbeda pandangan politik namun sebagai saudara seagama, saya lontarkan di sini buat tatapan semua sebagai satu ikhtibar.
catitan
sanusi setpol mantan MB dan mantan PJ kedah sewaktu pru13 sehingga lepas pru
13...org pas sudah tidak ada aklaq bila sudah mabok kuasa...seolah2 mereka
berkuasa dlm pas kedah...ketepikan nasihat PJ kedah waktu itu...
beberapa sms
dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon
dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat
yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu
dikesalkan.
Beberapa
kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan
cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat
keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-
apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan
menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat
keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang
lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk
memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang
tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa,
yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku
pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah
tak buleh buat apa-apa."
Setelah
keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun
dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya
pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang,
setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya,
saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN
dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di
ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya
yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju.
"Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni
semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan
kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq
daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq
pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan
memujuknya.
"Kaki
aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq".
Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon
PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui
SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa
salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang
aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku.
La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq
depa jawablah.
Beberapa
kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik
( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya
hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar.
"Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan
Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
Asfanizam
abdullah
#Respect
dengan Ustaz azizan ni itu sebab kisah ni perlu ada sebaran untuk totok pas
tegar yang masih mengusung bendera pas berwarna hitam. Apapun mari kita bersama
doakan kesihatan yang baik kepada ustaz azizan ni.
No comments :
Post a Comment