PENULIS agak kelakar membaca berita dalam
portal-portal pembangkang beberapa hari kebelakangan ini. Dari cara ia ditulis, nampak macam dia pulak
yang menang sedangkan hakikatnya BN yang menang. Negeri pun banyak yang BN kuasai 9 (10 campur
Sarawak), sedangkan mereka hanya kuasai 3.
Yang sering dijadikan modal ialah cuba menonjolkan
kegagalan BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib yang kononnya lebih teruk
dari zaman pemerintahan Paklah. Yang dia
terlupa ketika prestasi BN pada 2008 sangat teruk, dari menguasai 90% kerusi
Dewan Rakyat pada 2004, kita kehilangan majoriti 2/3.
Kalau tak sebab 8 kerusi menang tanpa bertanding, BN
mungkin hanya ada 132 kerusi di Dewan Rakyat.
Sudahlah tu, BN juga kehilangan 4 negeri, tambahan kepada Kelantan yang
hanya berselisih 1 kerusi DUN pada 2004.
Penulis bagaimanapun terima hakikat itu (pembangkang
tunjuk macam kuat) kerana dalam dunia penuh propaganda hari ini, perkara
tersebut adalah biasa, apatah lagi mengetahui politik Anwar Ibrahim yang banyak
caca marbanya.
Cakap pasal Anwar, janji dia akan bersara dan menjadi
pensyarah jika gagal menjadi Perdana Menteri kali ini, dimungkiri begitu sahaja
dengan dakwaan dia menang berasaskan undi popular. Sejak bila negara kita memilih kerajaan
berasaskan undi popular tak tahulah, Anwar tahu ini tapi dia masih nak spin
juga.
Hakikatnya BN menang undi popular sebab Anwar terlupa
nak masukkan jumlah undi di Sarawak yang kita menang pada 2011. Selain itu BN bertempur dengan PAS, PKR dan
DAP, bukan Pakatan Rakyat, periksalah kertas undi kalau ada satu yang tertulis
perkataan tersebut.
Apa pun penulis masih geli hati melihat macam mana
media pro pembangkang cuba mengajar BN bagaimana nak jadi lebih relevan? Ini kelakar tau sebab patutnya dia cermin dia
dulu macam mana nak jadi lebih relevan.
DAP patut tanya kenapa dalam cina memberikan 97% undi kepada PKR dan DAP
pun, mereka hanya mampu menang 38 dari 51 kerusi parlimen.
Begitu juga dengan PKR, kenapa mereka hanya menang 30
dari 99 kerusi!!!! Banyak kalah tu, 69
kerusi.
Ini yang patut dikaji, bukan dok sibuk cuba nak
menafikan keputusan pilihanraya lepas dengan pelbagai dakwaan yang tak terbukti
sehingga sekarang.
Penulis harap, polis dibawah Ketua Polis Negara yang
baru, lebih bersedia kali ini. Jangan
dibenarkan hasutan-hasutan yang bertujuan nak mencetuskan keganasan ini
berleluasa.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment