Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 7, 2013

5 sebab Cina tolak MCA, GERAKAN pada PRU-13


 
Kuala Lumpur: Seorang penganalisis politik menggariskan lima sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu ‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’.

Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan mereka selama ini.

Kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu." Prof Dr Hoo Ke Ping, penganalisis politik.

“Keempat, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Kelima, pemimpin kanan DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.

Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

MCA perlu lakukan pembaharuan.

GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal relevan dalam politik negara ini.

“Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya



sumber


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.