Menjual
barangan tiruan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal
Dagangan.
Jika sabit
kesalahan penjual barangan tiruan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau
penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan
kedua, denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun
atau kedua-duanya sekali bagi kes perseorangan.
"Bagi
syarikat pula, denda tidak melebihi RM250,000 dan kesalahan kedua pula denda
tidak melebihi RM500,000," katanya.
Undang-undang
digubal di Dewan Rakyat. Bukan dibuat dibawah pokok atau di tepi longkang.
Apabila
undang-undang dibuat oleh Dewan Rakyat, maka pihak kerajaan haruslah patuh
kepada undang-undnag yang mereka sendiri buat. Bukannya buat undang-undang
kemudian buat tak tahu pula dan biarkan orang melanggar undang-undang tersebut.
Umum
mengetahui di Lembah Klang lubuk kepada segala produk tiruan adalah di Petaling
Street. Dipamer dan dipasarkan secara terbuka. Bukannya jual secara
sorok-sorok.
Mereka telah
mencabar undang-undang yang kerajaan buat...
Kenapa
kerajaan membiarkan perkara itu berlaku ?
Bukankah itu
merupakan satu kesalahan ?
Kita
berharap kerajaan baru yang akan dibentuk dalam masa beberapa hari ini supaya
mengambil tindakan tegas ke atas
pengedar dan penjual barangan tiruan yang berpusat di Petaling Street.
Jangan biarkan golongan-golongan tertentu bermaharajalela mencabar
undang-undang yang digubal kerajaan.
Kita minta
perkara ini dilakukan bukan kerana nak menganiaya mana-mana pihak atau kaum.
Tetapi kerana ianya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment