Kejadian
berlaku lebihkurang jam 4:30 petang tadi sewaktu konvoi bermotorsikal seramai
1000 buah melalui lampu isyarat di hadapan kompleks Pasabina
Ketika itu kelihatan lebih 15 orang Melayu dan 5 orang cina
berbaju bertulisan "INI KALI LA" yang berlambag salib telah menyekat
laluan konvoi bermotorsikal.
Bukan itu sahaja malah mereka menendang dan membaling batu
ke arah pemuda BN yang sedang mengikuti konvoi.
Batu yang dibaling mengenai kepala pemuda Konvoi sehingga
menyebabkan helmet yang dipakainya pecah(seperti gambar di atas)
Akibat marah diperlakukan demikian lebih 20 pemuda
meletakkan motorsikal ditepi jalan lalu mengejar sipembaling batu dan budak
yang menendang motor pemuda konvoi. Maka berlakulah sedikit pergaduhan.
Difahamkan provokasi dimulakan oleh 2 orang cina yang juga
penyokong calon Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye seperti video dibawah:
Untuk
pengetahuan video yang dikeluarkan oleh pembangkang melalui Yop TV adalah
selepas penyokong pembangkang menendang, membaling batu dan menyekat konvoi
pemuda.
Ini adalah satu laporan polis yang dibuat oleh Mashall ke
atas provokasi yang dibuat oleh pembangkang.
Pembangkang sebenarnya telah menunggu konvoi dengan
peralatan kamera kemudian mereka membuat provokasi agar mencetuskan ketegangan
terhadap pemuda BN.
Memang sudah dijangka perancangan ini telah dibuat oleh
Radzi Zainon dan Anuar Ibrahim kerana pada ketika itu Anuar Ibrahim yang
merupakan wakil kepada calon Pas Dun Sungai Rapat seolah-olah memberi arahan
kepada penyokong pakatan haram.
Maklumat Selanjutnya akan menyusul sebentar lagi.
baca seterunya :di sini
1 comment :
salib?
tu bukan tali beg ke?
jangan memfitnah, berat dosanya tu.
Post a Comment