Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 7, 2013

SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL ?!!!!

Sebelum ini mungkin ianya hanya bayangan yang menjadi persoalan kepada kita sama ada ianya benar atau tidak.Namun kini segalanya jelas di depan mata dan jangan lagi ada suara-suara sumbang yang masih lagi mahu berbicara soal "KITA AKAN PASTIKAN bla bla bla " kerana segalanya sudah PASTI.

Realitinya, kemenangan pilihan raya BN diperoleh hasil daripada dua cara, iaitu melalui parti BN yang menang di kawasan majoriti tradisional Melayu di Semenanjung dan melalui parti-parti komponen BN yang mendapat kerusi majoriti di Sarawak dan Sabah.

Pada masa yang sama, parti-parti BN berasaskan kaum Cina telah mengalami kekalahan yang teruk setelah kehilangan kerusi di kawasan majoriti kaum Cina. Ia menunjukkan bahawa pengundi Cina telah membuat pilihan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN, satu tamparan yang menambah sulitkan parti MCA dan Gerakan.

Pada ketika ini, parti-parti berasaskan kaum Cina BN hampir runtuh, manakala kaum tersebut tidak lagi menanggap parti-parti komponen itu sebagai wakil dalam politik Malaysia. Pulau Pinang menyaksikan parti MCA dan GERAKAN yang terang-terangan tidak lagi mampu untuk mewakili kaum Cina. Sungguh memalukan tetapi inilah fakta yang mesti dihadapi oleh BN Pulau Pinang.


Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang telah meletakkan jawatan dan alasannya beliau bertangggungjawab ke atas kekalahan memalukan BN di negeri itu.

Cukupkah dengan respon Teng Chang Yeow sahaja? Bagaimana pula dengan kepimpinan BN Pulau Pinang yang lain? Dan percayalah, kali ini silent is not golden!

Sebaliknya, DAP diterima baik oleh masyarakat Cina dan telah hampir menyapu bersih semua kawasan majoriti Cina. Selain daripada lebih banyak kerusi, undi majoriti juga telah bertambah. Dari utara Semenanjung ke tengah dan selatan Malaysia, dan juga Malaysia Timur, DAP mendapat kemenangan besar di kebanyakan kawasan yang turut ditandingi oleh MCA, Gerakan dan calon-calon SUPP.

Pokoknya, majoriti pengundi Cina telah memilih Pakatan Rakyat dan DAP.


Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah berkata bahawa jika MCA tidak dapat melakukan yang lebih baik daripada pilihan raya lepas, parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan Kabinet. Persoalan besar kini, MCA tidak akan mempunyai calon-calon yang cukup untuk mengisi empat menteri dan enam timbalan menteri jawatan asalnya dikhaskan untuk itu.

Dan kerajaan persekutuan BN akan kekurangan wakil Cina, baik daripada wakil rakyat tetapi juga  di dalam kabinet kelak.

Ia adalah masalah yang bakal dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak dan satu fakta yang perlu dihadapi oleh seluruh masyarakat Cina. Sudah tentu, sesetengah orang Cina telah lama bersedia untuk menerima akibatnya.

Kebanyakan orang Cina telah memilih jalan perubahan dan berharap untuk perubahan kerajaan. Walau bagaimanapun, hasrat kaum itu tidak dipersetujui oleh masyarakat Melayu dan masyarakat Bumiputera di Malaysia Timur tidak berkongsi hasrat yang sama kepada perubahan.

Pakatan Rakyat pula telah gagal untuk menyampaikan konsep kepelbagaian sosial yang lebih luas dan menyeberangi jurang kaum yang besar, serta jurang kognisi antara kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya, masyarakat Bumiputera tidak memberi respons positif atau bertindak balas sepenuhnya kepada suara perubahan itu.

Kaum Cina mungkin menghadapi persekitaran yang tidak menentu dalam tempoh lima tahun seterusnya.  Apakah BN tidak akan lagi mengambil serius keperluan kaum Cina selepas ini sebaliknya, menumpukan lebih perhatian kepada rakyat Malaysia yang menyokong BN seperti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Dan kaum Cina sepatutnya tidak boleh mengeluh dan meroyan kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri memilih Exco-exco negeri dikalangan ADUN dengan mengetepikan ADUN PAS sebelum ini.

Dalam politik Malaysia semasa, tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masyarakat Bumiputera menyokong parti BN manakala bukan Bumiputera yang menyokong parti alternatif adalah amat membimbangkan kerana ia mungkin membawa kepada polarisasi kaum yang lebih ketara.

sumber


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.