Nasib
Melayu Islam di Malaysia semakin tidak menentu. Hasil kajian yang
dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) dengan
Merdeka Centre For Opinion Research menunjukkan bahawa jumlah rumah
ibadah tidak seimbang dengan bilangan populasi penduduk.
Situasi
yang berlaku ini mencabar umat Islam. Ianya tidak adil dan
bertentangan dengan pernyataan bahawa agama Islam adalah agama
Persekutuan seperti yang termaktub perlembagaan perkara 3(1) Islam;
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan. Adil yang dimaksudkan bukanlah konsep
sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini termasuklah
jumlah rumah ibadat perlulah berkadaran dengan keperluan penganut
sahaja dan tidak berlebihan.
Berdasarkan
kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah
penduduk di Malaysia adalah sebanyak 26.64 juta orang. 24.8 juta
orang ini, merupakan warganegara Malaysia. Manakala baki 1.84 juta
orang lagi merupakan bukan warganegara Malaysia. Daripada 24.8 juta
warganegara Malaysia, lebih separuh iaitu 13.48 juta orang (54%)
adalah Melayu. (Bancian penduduk dan demografi ini dilakukan
sebanyak 10 tahun sekali).
Di
Selangor, penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang
Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259
masjid dan 939 surau.
Orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015
tokong. Orang
India berjumlah 647,000 dengan 810
kuil berdaftar,
manakala, Kristian berjumlah 50,000 dengan 27 buah gereja. Jumlah
gereja ini tidak termasuk gereja-gereja yang berada di rumah kedai.
Statistik ini tidak termasuk kuil-kuil dan rumah ibadat yang
berselerak di sana sini yang tidak didaftarkan.
Logiknya,
bilangan masjid dan surau mesti mengatasi semua rumah ibadat yang
lain, jika mengambil kira majoriti penduduk Islam melebihi 54 peratus
dan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi keadaan
sebenarnya tidak berlaku. Ini baru perbandingan satu negeri,
bayangkan negeri-negeri lain. Begitu besar bezanya.
Dalam
kajian yang dijalankan pihak YADIM pula, pada bulan September 2009,
di Kuala Lumpur sahaja terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu,
malah bilangan tokong Buddha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59
masjid dan 218 surau/madrasah. (Sumber Yayasan Dakwah Islamiyah
Malaysia 2009)
Terkini,
gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di
Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention
Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country
Club. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan
melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6
tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan
kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada
satu-satu masa .
Apa
tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini?
Sedangkan
rakyat Kristian lebih ramai di Filipina dan Indonesia.
Sebuah
kuil Hindu yang disifatkan unik juga bakal didirikan di Putrajaya,
sebaris dengan dua buah masjid yang telah dibina. Kuil ini boleh
memuatkan seramai 10 ribu orang dengan ruang pejabat yang turut
disediakan. Sedangkan majoriti penduduk Putrajaya adalah beragama
Islam, dan penduduk beragama Hindu hanya seramai 1,500 orang.
Inilah
nasib umat Islam di Malaysia. Bukan sahaja banyak tanah tergadai
untuk pembinaan rumah-rumah ibadat tanpa keperluan ini, malah
kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan digugat secara senyap
ibarat musuh dalam selimut. Walaupun dikatakan ada garis panduan
dikeluarkan tetapi garis panduan itu masih bersifat berat sebelah.
Malah bantuan turut diberikan untuk pembinaan rumah ibadat ini oleh
pemerintah Islam.
Namun,
dalam kecelaruan ini masih ada yang menganggap ia sebagai kebebasan
beragama. Tanggapan salah ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata
kerana ia berkait langsung dengan kedaulatan dan maruah umat Islam
sejagat.
Angka
dan maklumat di atas adalah pergerakan yang dinilai dengan mata
kasar. Namun di sebalik ini, mereka terus bergerak mengedar bible
bahasa Melayu di sekolah-sekolah, murid sekolah rendah diajar lagu
memuja agama lain, penulisan buku-buku motivasi yang mengandungi
dalil rekaan mereka dan mendakwa ianya ayat Al-Quran dan banyak lagi
pergerakan mereka yang halus dalam menyebarkan agama.
Apakah
ianya berlaku kerana semua pihak terlepas pandang?
Atau
toleransi yang keterlaluan?
Atau
pihak yang terlibat mempunyai kepentingan tersendiri?
Dan
adakah istilah toleransi dalam agama?
Isu
tuntutan rumah ibadat ini perlu diteliti dengan baik sebelum menjadi
semakin keruh. Ianya isu kritikal. Nasib umat Islam semakin terancam!
Bukan
semata-mata kedudukan mereka di Malaysia, malah kedudukan aqidah
dalam hati setiap Muslim. Adalah tidak wajar jika pembinaan yang
berterusan ini tidak disertai dengan usaha untuk meramaikan pengikut.
Mereka
telah menyusun strategi, sedang kita masih terperangkap dengan isu
‘kerusi’. Keluarlah daripada kepompong ini dan binalah kerangka
pemikiran untuk kemaslahatan ummah. Pilihlah calon Muslim yang amanah
dalam menjaga hak Islam disamping membina perpaduan antara semua kaum
seperti yang pernah dibina oleh Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu.
Seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment