MPA sebelum ini
pernah menulis mengenai kegagalan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan (sila
klik sini),
namun ternyata bukan Wak sahaja berpandangan tersebut, sebaliknya rupa-rupanya
Tun Daim Zainuddin juga berpendapat sebegitu. Tun Daim beranggapan Anwar telah
gagal apabila diujui semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.
Malah dalam temu bual oleh wartawan New Straits Times (NST) baru-baru ini (sila klik sini), Tun Daim sendiri menyatakan bahawa Anwar tidak layak dimandatkan sebagai Perdana Menteri, sebaliknya beliau sendiri merasakan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak wajar diberi peluang untuk terus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Memetik pandangan yang diutarakan Tun Daim,
Anwar dianggap tidak berkelayakkan untuk bercakap soal bidang ekonomi memandangkan
keupayaan Anwar mengawal ekonomi Malaysia boleh dipertikaikan, sementelaah
rekod buruk yang ditunjukkan Anwar semasa menangani Krisis Kewangan Asia pada
tahun 1997 membuktikan Anwar tidak berkelayakan
mengurus soal ekonomi negara. Malah semasa Anwar memegang jawatan Menteri
Kewangan, Anwar ternyata telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara ini
sehingga menyebabkan Bursa Malaysia ditutup pada paras paling rendah dalam
sejarah negara.
Tun Daim juga berpandangan yang sama bahawa Anwar Ibrahim memang tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana kegagalannya menjaga ekonomi negara. Kini tinggap penyokong tegar Anwar sahaja yang mahu menobatkan Anwar sebagai "Perdana Menteri Ketujuh" sedangkan jelas dalam sejarah negara, Anwar pernah hampir menyebabkan negara ini muflis.
Seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment