Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 11, 2013

Igauan jadi kenyataan, Mat Sabu bakal Presiden PAS

PAS tak mahu lagi Mat Sabu kekal sebagai Timbalan Presiden PAS. Baik kumpulan profesyenal atau Anwarinas serta ulamak tidak melihat Mat Sabu sebagai sesuai untuk menggantikan presiden PAS Dato Hadi Awang satu hari kelak.

Takkan nak gantikan Mat Sabu yang dikaitkan dengan skandal seks, syiah dll. Apa yang PAS nak tunjukkan sebagai kepimpinan ulamak dengan Mat Sabu di pucuk kepimpinan. Tambah lagi dengan Mustapha Ali dan Mahfuz menunggu didedah.

Mat Sabu masuk gelanggang ketika usaha untuk jatuhkan Dr Nasharuddin Md Isa. Dalam pertandingan tiga penjuru bersama Tuan Ibrahim, Mat Sabu menang. Dalam pertandingan tiga penjuru sebelum itu bersama Husam dan Mat Sabu, Nasha terselamat.

Anihnya, ramai macam tak mahu tanding. Tuan Ibrahim umum lawan peringkat Naib Presiden saja. Begitu juga Husam yang dari kerjaya yang begitu manis dah jadi masam dalam PAS. Salahuddin playsafe dah tentu tak akan cuba Timbalan melainkan sudah diberikan atas pinggan emas beralas kain baldu hijau.

Nampaknya Mat Sabu lena tak terganggu bersama Normah, menurut Putera Merdeka di
SINI.

Maka tinggallah satu saja penentang badut terkenal PAS untuk jawatan Timbalan Presiden PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Nik AMar pun telah memalukan gendang ulamak apabila mahu PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR.

“PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi melayu Islam.

“Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu menyokong Umno bukan PAS," katanya.

Baca sepenuhnya di AIDC
SINI

Namun begitu, paluan ini mungkin tak cukup kuat. Ketika pelbagai pihak mengutuk Karpal SIngh dalam kenyataan mengenai parti berasaskan bangsa dan ugama, kenyataan Tuan Ibrahim yang agak kritikal sebenarnya agak lembut.

Kenyataan Nik Aziz begitu kompromi untuk mahu kekalkan kerjasama dengan DAP dan PKR. Sudahlah Nik Amar dan juga Husam diketepikan untuk beri laluan kepada Dato AHmad Yaacob untuk jawatan Menteri besar, Nampaknya Nik Amar mungkin menjerat diri.

Menurut Pisau Kedah
SINI, "peluang Nik Mohd Amar dilihat kabur kerana dari maklumat dalaman, Nik Mohd Amar hanya mendapat sokongan undian dari kem Ulama sahaja berbanding Mat Sabu yang akan mendapat sokongan dari kem profesional dan kem Anwarinas."

"... kem profesional dan kem Anwarinas dilihat mula melakukan kempen menjatuhkan calon yang dibayangi golongan ulama (Nik Mohd Amar) disebabkan kecewa dengan resolusi ke tujuh dari lapan resolusi yang dituntut dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia PAS ...."

"Dalam resolusi ke tujuh.Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa."

".... bagi golongan profesional dan anwarinas ketetapan hanya golongan Ulama layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden sudah tidak lagi relevan didalam usaha menentang BN."

Tunggu masa nampaknya Mat Sabu akan bertambah kuat dan bakal jadi Presiden PAS.


Seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.