Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, November 16, 2013

PRU 14 : DAP Yang Tetapkan Kerusi PAS & PKR




– Arahan DAP menentukan bilangan kerusi yang perlu dimenangi PAS dan PKR pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) sama seperti arahan menentukan siapakah yang patut menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Sehari selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan FMT mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang di parlimen meskipun PKR mendapat kerusi yang kurang berbanding dengan DAP.

Cadangan Kit Siang itu menjadi polisi DAP apabila anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP pada 6 Jun menghantar surat terbuka kepada semua cawangan parti itu melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan Kit Siang sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP.

Semalam, Kit Siang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat (PR) di Empire Hotel Ballroom, Subang Jaya, membuat kenyataan yang disifatkan sebagai arahan di mana parti kompenan PR perlu menang 45 kerusi di kerusi parlimen yang dipertandingkan masing-masing untuk merealisasikan hasrat menawan Putrajaya pada PRU 14.

Sekarang cita-cita kita adalah setiap parti perlu menang 45 kerusi parlimen…saya tak fikir perkara itu mustahil untuk dicapai,” katanya dilaporkan FMT.

Jika berdasarkan andaian Kit Siang itu, tugas DAP lebih mudah berbanding dengan PAS dan PKR.
  


Pada PRU 13, DAP menang 38 kerusi memerlukan kemenangan 7 kerusi sahaja lagi untuk mencapai target kemenangan 45 kerusi.

Berbanding dengan PKR, PAS lebih menanggung bebanan kerana perlu menang lagi sebanyak 24 kerusi dan PKR perlu menang lagi 15 kerusi untuk mencapai target yang disasarkan Kit Siang.

Ketika ini, DAP mempunyai 38 Ahli Parlimen, PKR (30) dan PAS (21), bermakna DAP perlu mendapatkan tujuh lagi kerusi Parlimen, PKR pula 15 kerusi dan PAS 24 kerusi.

Saya yakin sasaran ini berada dalam jangkauan, memandangkan PAS memenangi 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999, ketika Barisan Alternatif baru dibentuk iaitu hampir empat kali ganda lebih banyak berbanding hanya tujuh kerusi yang dimenanginya pada PRU 1995,” kata Kit Siang dilaporkan roketkini.
Kit Siang dilaporkan organ DAP berkata pada PRU-14 nanti, PAS tidak perlu meningkatkan jumlah kerusinya sebanyak empat kali ganda, kerana ia cuma perlu meningkatkan bilangan kerusi kepada 45 daripada 21 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU-13.

Parti dalam PR perlu terus teguh di atas jalan politik yang sedang ditempuh ini sehingga kita berjaya membawa perubahan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah, atau kelas, demi mencapai Impian Malaysia bersama – Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,”katanya lagi.
Sentimen Kit Siang yang lebih banyak menyentuh kemenangan PAS berbanding PKR dikupas oleh Zabidi Saidi dari FMT.

Menurut penulis FMT itu tugas PAS lebih mencabar kerana berhadapan dengan UMNO di kawasan majoriti pengundi majoriti Melayu-Islam, berbanding dengan PKR yang menang di kawasan pengundi campuran atau majoriti bukan Melayu-Islam.

Cabaran Lim Kit Siang yang mahu PAS menang 45 kerusi ini perlu dipandang secara positif. Sebab itu pucuk pimpinan PAS pada 24 November ini memerlukan gabungan ulama dan profesional supaya calon PAS terus diterima oleh bukan sahaja orang Melayu malah semua kaum.

Sebelum ini PAS menggunakan tag ‘PAS GANTI UMNO’, maka untuk menggantikan UMNO, PAS perlu bersikap seperti orang UMNO. Pemimpinnya jangan terlalu ekstrim sehingga yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Jika PAS bersikap terbuka, sudah pasti rakyat berbilang kaum senang dengan PAS.

Para pemimpin PAS jangan terperangkap dengan pemimpin UMNO yang mengatakan PAS tidak akan buat hudud bila menang nanti kerana matlamat PAS, PKR dan DAP adalah menubuhkan kerajaan baru harapan rakyat,”katanya.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.