Berikut wajah pendatang tanpa izin, PATI,
Arshanikum Endeyn berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia. Dia juga pernah
bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara kita.
Sehingga kini tiada pihak berkuasa mampu
membuktikan MyKad itu miliknya. MyKad palsu digunakannya untuk mendaftar
menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Saya masih sabar menunggu
penjelasan rasmi Ibu Pejabat RELA Malaysia berhubung status keahlian Arshanikum
kerana semalam pihak terbabit sedang menyiasat identitinya melalui alamat
sewaktu dia mendaftarkan diri sebagai ahli RELA. Saya juga telah memohon,
RELA merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan.
Bagaimanapun, kita semua telah
mengetahui lelaki di gambar kad keahlian RELA itu BUKAN pemilik MyKad tercatat
secara jelas di kad. Hasil usaha sumber saya, di bawah, gambar sebenar
warganegara Malaysia, Hamdan Hamid, pemilik MyKad terbabit, dilaporkan tinggal
di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah.
Jika Arshanikum berjaya
mengelirukan RELA menggunakan identiti palsu, timbul persoalan lebih
menggerunkan, berapa ramaikah lagi PATI kini menjadi anggota RELA negara kita?
Telahan saya, Hamdan mungkin
pernah kehilangan MyKad sebelum ini dan tanpa disedari butiran dirinya
disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar, hasil soal siasat terhadap penjenayah menembak mati
pegawai operasi AmBank, Loade Ardina Loade Rasila, MyKad palsu digunakannya
diperolehi daripada lelaki Indonesia.
"Ketika ini polis sedang
menyiasat penjualan kad pengenalan paslu itu dan menerusi maklumat daripada
suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang lelaki Indonesia yang
sememangnya berniaga kad pengenalan palsu," tambah Tan Sri Khalid.
Persoalan bagaimanakah Loade
Ardina berpeluang membuka akaun simpanan di Ambank Islamic Banking, masih belum
terjawab. Sedangkan Bank Negara Malaysia telah mengarahkan semua institusi
perbankan menggunakan mesin pengimbas ibu jari bermula pada tahun 2007.
Klik di sini.
Sejak isu MyKad palsu didedahkan
secara meluas, ramai pembaca dari Sabah meluahkan keluhan hati mereka. Mereka
dilaporkan terpaksa bergelumang dengan warga Indonesia identiti diragui setiap
hari sekaligus menjadi pesaing mereka mencari rezeki di bumi sendiri.
Justeru saya memohon Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan perhatian khusus terhadap
keluhan sekian lama disuarakan dalam mengkotakan janji beliau untuk menangani
masalah PATI secara lebih serius. Ops Cantas dilancarkan oleh Kementerian Dalam
Negeri ternyata berjaya menangani masalah gangterism, operasi membanteras PATI
juga harus setanding.
Hari ini akhbar melaporkan tahun
lalu sahaja, kira-kira RM50 bilion ringgit mengalir ke luar negara, dihantar
oleh pekerja warga asing berkhidmat di Malaysia. Pekerja rakyat Indonesia
sahaja menghantar RM2.9 bilion termasuk wang hasil bekerja sebagai pengawal
keselamatan HARAM.
Berikut statistik dipaparkan oleh
Utusan Malaysia.
Sesungguhnya pemergian mangsa
tembak, Norazita Abu Talib telah memberikan satu impak besar kepada negara.
Rakyat dan pemimpin mula lebih sedar betapa pentingnya kita mengusir keluar
semua musang berbulu ayam, pengawal keselamatan warga asing bertugas secara
HARAM. Pada masa sama, ramai mulai sedar penggunaan MyKad palsu bukan lagi satu
isu harus dianggap enteng di Malaysia.
Al-Fatihah buat Norazita, semoga
rohnya dicucuri rahmat Allah.
Penangkapan pembunuh, Loade
Ardina, barangkali mengubat sedikit kelukaan ditempuh oleh suami dan 2 anak
mangsa tetapi nyawa wanita berstatus ibu dan isteri terkorban itu pasti tiada
galang gantinya.
Apapun, saya menganggap Norazita
sebagai hero, biarpun dia tidak berpeluang untuk didendang.
Seterusnya : Mazidul Akma
No comments :
Post a Comment