Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 5, 2013

2 JAM LAGI ! PERATUSAN TERBARU YANG TELAH MENGUNDI! #PRU13


7,600,499 atau 58.99 peratus rakyat Malaysia telah mengundi dalam Pilihan Raya 2013 hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi.



Menurut Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, jika ditambah dengan pengundian awal oleh anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing, jumlah keseluruhan yang sudah mengundi sehingga jam 12 tengah hari tadi adalah 7,916,703 ataupun 59.67 peratus pengundi.

Sebelum ini SPR mengatakan terdapat 13,268,002 pengundi layak mengundi, termasuk 12,992,661 pengundi biasa, 161,251 anggota tentera dan pasangan mereka, 111,136 anggota polis dan pasangan mereka serta 2,954 pengundi tidak hadir.

 

Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu.

Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.

Di Perak, SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.

Di Pahang, seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi juga telah mengundi sehingga 11 pagi. Kelantan pula mencatat 13.19 peratus daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi. - MI

Sementara itu, sokongan rakyat kepada Barisan Nasional semakin meningkat secara keseluruhannya. Yang paling penting sekarang ialah untuk mengerahkan lebih ramai pengundi yang masih belum keluar mengundi. Tempoh mengundi hingga jam 5 petang ini.

Bagaimana pula dengan peratusan di bawah yang menjadi perbualan dan persoalan besar kita semua?

 


Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.