Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 6, 2013

Apabila Mukhriz Mahathir Jadi Menteri Besar Kedah, Timbul Tanda Tanya…

320xNx20130506muhkriz.pagespeed.ic._3DoIUSaMV

Petang ini merupakan masa yang amat bersejarah buat UMNO-BN Kedah, khususnya dan rakyat Kedah amnya. Sepanjang malam tadi sehingga membawa ke subuh, rata-rata semua orang berdebar-debar dan tidak senang duduk memikirkan apakah Kedah akan kembali ke pangkuan UMNO dan Barisan Nasional atau sebaliknya kekal di tangan PAS Kedah. Namun akhirnya terjawablah persoalan yang berlegar-legar di fikiran semua orang. Kedah kembali ke pangkuan UMNO dengan kemenangan 21-15.

Mukhriz Mahathir beberapa jam sebelum pengundian, telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya UMNO-BN menang di Kedah. Janjitersebut dipenuhi. Jam 3:00 petang tadi, Mukhriz telah mengangkat sumpah dan Aku Janji sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang kelihatan begitu pasrah menerima kenyataan bahawa PAS tidak lagi berkuasa di Kedah akibat ketamakan, keserakahan dan kelemahan pentadbirannya.

Walaupun para penyokong UMNO gembira dengan perlantikan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar, namun pada masa yang sama, tanggungjawab besar dan sangat berat sedang menanti Mukhriz. Apakah DRAMA 11 Ketua Bahagian UMNO memaksa Sanusi Junid sewaktu bergelar Menteri Kedah meletak jawatan, akan berulang dan menimpa Mukhriz? Atau barangkali mereka sudah serik dan tidak mahu lagi mengulangi kesilapan bodoh tersebut, lantas  memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz sekalipun Mukhriz tidak mempunyai jawatan dalam UMNO Kedah selain jawatan dilantik?

Semua pihak mengharapkan UMNO Kedah sudah mempelajari kesilapan mereka dan tidak mengulanginya sekaligus membolehkan UMNO kekal di negeri tertua di Malaysia itu.

Antara tugas utama Mukhriz adalah membersihkan Kedah daripada sawang-sawang serta kekotoran yang telah dibuat oleh para pemimpin PAS dan Kerajaan Negeri terdahulu. Mukhriz perlu membuktikan bahawa taringnya selaku orang yang berpengalaman dalam MITI akan digunakan untuk memajukan Kedah, sekaligus menghidupkan dan memberi nafas semula ekonomi dan perindustrian di Kedah.

Banyak kawasan-kawasan perindustrian di Kedah termasuklah Kulim Hi-Tech sedang menantikan sentuhan Mukhriz. Momentum turun padang yang diamalkan oleh para pemimpin UMNO Kedah, seharusnya dikekalkan dan dipergiatkan, terutama bagi menghadapi PRU14 lagi lima tahun dari sekarang. Industri pelancongan Kedah yang telah malap dan sangat suram di bawah pentadbiran Azizan, perlu dipergiatkan dan dicergaskan. Industri Kecil dan Sederhana yang selama ini menjadi nadi ekonomi rakyat dan telah diabaikan oleh Kerajaan Negeri PAS, perlu dihidupkan semula. .

Dengan kata lain, Mukhriz perlu muncul dengan pelbagai IDEA GILA untuk membetulkan semula kerosakan yang telah dilakukan oleh PAS sepanjang lima tahun lepas.

Pada masa yang sama, Mukhriz dan barisan Exconya nanti, perlu juga memikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan pelbagai kemelut yang membabitkan Pejabat Tanah, Pejabat Daerah mahupun KCS yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Kedah, terutama dalam isu-isu seperti Tanah Perkuburan Swasta Sungai Kob, KUIN, cukai, premium tanah, pencurian balak, pencurian pasir dan mineral dan sebagainya.

Menang di Kedah tidak bermakna UMNO boleh bergoyang kaki. Apatah lagi dengan kekalahan para pemimpin MCA dan MIC, telah menjadi indikasi penting kepada pergantungan orang Melayu kepada UMNO untuk memastikan Melayu dan Bumiputera di Kedah dibela, bukannya diabai demi mendapatkan undi daripada kaum yang enggan dan membenci UMNO serta Barisan Nasional.

Jangan pula nanti, lebih banyak peruntukan diberikan kepada tokong, kuil, gereja mahupun datang idea gila, lebihkan peruntukan untuk sekolah Tamil, sekolah Cina dan sekolah gereja berbanding Sekolah Agama Rakyat, Pondok Pengajian dan sebagainya yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera serta Islam.

Terlebih penting, jangan pula Kedah Selatan kembali diabaikan seperti biasa kerana beranggapan, kemenangan di Kedah Selatan adalah kemenangan mutlak!

Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.