Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan
viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga
'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam
gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya
pengiraan undi di kawasan yang terlibat.
Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR
bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka
menang di kawasan yang di sasarkan. Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus
meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa
mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas
undi.
Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa
perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa
'salah laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa. Shukor menambah bahawa
dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka,
beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit.
Hakikanya, bukan Shukor sahaja, ramai yang hendak tahu di
mana tempat itu suapaya dapat dipastkan benar ataupun tidak dakwaan yang
digembar gemburkan pembangkang. Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka
tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan
mereka berniat jahat.
Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih
memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah
makluam akan terjadinya insiden b;ack out di kawasan itu. Selepas tewas dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa
terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan
raya pada Ahad lalu.
Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik
memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku. Bagaimanapun
tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal
itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat
bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang.
Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik
terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan
tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu 'paranoid'.
Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian
terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR
yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding. Paling
menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal agi sudah
memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan
elektrik.
Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini. Namapaknya
operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai
mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga
disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video
black out disiarkan lima miniti selepas 'kejadian'.
Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan
persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas
dan sangat efisien. Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul mana
yang silap. Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menunding jari
saja pon tak ada gunanya.
Syabas pembangkang dengan 'game black out' anda!
No comments :
Post a Comment