Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 9, 2013

Foto #Blackout Epic Failed! - Kenapa Hanya 80k Ke 100k Sedangkan Pengundi Berdaftar Lebih 13 Juta Orang?




Foto di atas disebarkan oleh beberapa kakitangan kerajaan, kononnya beratus ribu rakyat menuntut dan bersetuju mengatakan PRU di Malaysia dijalankan secara tidak adil. Pergh! Sekali tengok ketar kepala lutut, pakcik-pakcik di kampung tentu percaya dengan apa yang dipaparkan.

100 ribu berhimpun menolak keputusan PRU13, kerana isu 'Blackout' - dakwaan dan persepsi ciptaan pembangkang untuk membangkitkan momentum bagi memastikan 'Malaysia Spring' akan berlaku di Malaysia.

Modus operandi Anwar Ibrahim dan pembangkang cukup licik, pertama sebelum selesai pengiraan undi, Anwar Ibrahim sudah pun menghantar tweet mendakwa PR telah menang PRU13 tetapi BN merampas keputusan tersebut.

Ia sama seperti perbicaraan kes Liwat II, belum pun hakim membuat keputusan. Anwar Ibrahim awal-awal menghantar tweet mengatakan "Hakim telah dibeli BN, saya pasti dihumban ke penjara" tweet begini dihantar sebelum keputusan dibuat sebagai persediaan sekiranya dia dijatuhi hukuman bersalah.

Jika dihumban ke penjara, masyarakat melihat apa yang dikatakan Anwar Ibrahim ada kebenarannya.

Sama juga keputusan PRU13, awal-awal tweet "PR telah menang PRU13 tetapi BN hijack keputusan tersebut", - kini mereka yang naif permainan propaganda melihat Anwar Ibrahim berkata benar.

Gambar disebarkan, video dimuat naik untuk menunjukkan mereka mendapat sokongan majoriti yakni seluruh pengundi di Malaysia.

Kita lihat teknik fotografi yang diamalkan oleh PR :



Tiada ruang, ia dipenuhi ratusan ribu manusia...

Sejauh mana kebenarannya?

Lihat 'Error Level Analysis' untuk foto di atas :

 

Gambar yang disimpan semula dalam bentuk JPEG jika tidak diubah suai lebih banyak titik gelap berbanding putih. Jika titik putih banyak gambar tersebut telah diubahsuai. Teknik penerangan seperti di bawah :

 

Lagi pun jumlah pengundi berdaftar di Malaysia yang mengundi dalam PRU13 berjumlah lebih 13 juta orang, jika angka 80k - 100k yang berkumpul mendakwa PRU di Malaysia tidak adil, layakkah mereka claim mewakili seluruh rakyat Malaysia?

Mereka claim majoriti pengundi, adakah survey dibuat - kenapa setiap kali BERSIH 1 hingga BERSIH 4 angka ini sahaja yang mampu mereka kumpul?

Where is silent voters yang menghukum PR?

Kumpulan yang sama, crowd yang sama - mereka terdiri daripada hardcore-hardcore parti pembangkang. Bukan membawa suara majoriti pengundi berdaftar.

Pendek kata Hello Anwar!

Dulu kata tak dapat mandat nak bersara?

Apa cer..?

Kena kencing lagi!!!


Baca seterusnya :di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.