Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 9, 2013

TERKINI : AKHIRNYA PAS TUNDUK PADA KEMAHUAN DAP DI SELANGOR?.


Walaupun PAS menang 15 kerusi dan PKR pula menang 14 kerusi...Tapi DAP tetap nak wakil PKR menjadi MB Selangor...Kenapa agaknya ye?? Dan yang peliknya PAS pula boleh bersetuju dengan kemahuan DAP...
 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Adakah PAS tidak mempunya calon yang berkaliber untuk mengetuai Pakatan Rakyat di negeri Selangor?? atau..DAP rasa terancam bila PAS pegang jawatan tersebut?? Takut macam terjadi di Kedah??

Apa yang pasti..Kenyataan Lim Guan Eng ini nampak macam nak menafikan hak PAS di Selangor..Tak gitu??

Kalau di Perak..walaupun wakil PAS menjadi MB Perak tetapi kuasa menentukan keputusan berada di tangan DAP kerana kelebihan kerusi DAP..tapi berbeza di Selangor..PAS dan DAP sama kuat..Macam di Kedah..Jadi kedudukan DAP mungkin akan tergugat bila dalam membuat keputusan...

Adakah PAS sekali lagi akan tunduk pada DAP di Selangor???Sama-sama kita nantikan...


 


DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

DAP menyatakan sokongan terjadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Tan Sri Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008.

Walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor.

Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor.

DAP Selangor juga menyokong penuh Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.