Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 11, 2013

Gempar !! PM Mahu 50,000 Pelancong China Yang Hilang Di Cari !!



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara.

Perdana Menteri berkata kedua-dua jabatan itu perlu mendapatkan kerjasama Kedutaan China di negara ini bagi mengesan para pelancong berkenaan.

Adalah penting bagi imigresen dan polis mendapatkan kerjasama Kedutaan China memandangkan jumlah yang sebegitu ramai tidak pulang, katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual diadakan bulan depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar mengenai rancangan imigresen untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan dengan menggunakan dokumen palsu.

Pihak berkuasa Malaysia turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan pelancong terbabit menjadikan negara ini sebagai transit sebelum menyeludup ke negara ketiga.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang mengetatkan peraturan sedia, Abdullah berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian memandangkan perkara pelancong "tinggal lama atau hilang" bukan merupakan perkara baru.
" Bukan perkara baru... kita tak boleh elak daripada perkara ini," katanya.

Mesra pelancong

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, imigresen harus mengambil pendekatan yang bijaksana dan mesra kerana dalam masa yang sama Malaysia mahu memastikan pelancong tidak menghindari negara ini.

"Ini seperti bertanyakan soalan-soalan yang berpatutan untuk mengetahui perkara itu dan ini...kalau bertanyapun bukan perkara yang boleh menyakitkan hati," katanya.

Beliau berharap melalui pendekatan ini pelancong akan terus berkunjung ke Malaysia serta mematuhi peraturan sedia ada seperti memperbaharui pas lawatan sebelum tamat tempoh dan memastikan mempunyai dokumen yang sah

Abdullah berkata sekiranya mereka yang dilaporkan menghilangkan diri itu berjaya dikesan dan ditangkap, mereka perlu didakwa di mahkamah supaya dikenakan tindakan yang sewajarnya.

"Kita tak boleh biar atau pejam mata sebelah...tak boleh," katanya.

Statistik 50,000 pelancong China yang menghilangkan diri itu diperolehi berdasarkan jumlah kad pelawat yang diserahkan kepada imigresen ketika pelancong pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan.

Awal tahun lalu, Jabatan Imigresen dilaporkan tidak dapat memastikan ke mana menghilangnya lebih 250,000 pelancong dari India dan China apabila rekod menunjukkan mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.

Pada tahun 2003, 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warganegara itu yang pulang ke negara asal.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.