Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 10, 2013

MELAYU DIHINA LAGI! PEMIMPIN SEMBAH CINA! #PRU13


Kurang Ajar!


Karikatur ini menunjukkan karikatur DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin melayu tunduk pada 'Chinese community'. Karikatur itu juga mengibaratkan masyarakat Cina seperti seorang Raja!


Apabila akhbar Utusan menulis Tsunami Cina dan sentimen perkauman yang sangat tebal dicanangkan oleh DAP dan pembangkang,  terdapat pihak yang menuduh Utusan menyebarkan sentimen perkauman.

Mereka melenting dengan laporan yang merujuk kepada perkara yang sebenarnya berlaku semasa PRU13. Memang pedas dan pahit tetapi inilah yang berlaku sebenarnya. Cuma setakat ini kita masih belum mendapat sebarang perincian daripada Suruhanjaya Pilihanraya tentang peratusan sebenar (termasuk saluran-saluran) kaum Cina yang inginkan kerajaan baru.

Tanpa statistik yang tepat, kita speculate nilai peratusan tersebut. Ada yang berkata 90% pengundi Cina mahu kerajaan baru. Ada yang berkata hanya 3-4% pengundi Cina masih percaya dengan kerajaan Persekutuan sekarang.

Sebenarnya kita tidak mahu speculate kerana  percaya masih ada pengundi Cina yang menyokong BN. Maka kerana itu, segala persoalan dan ketegangan hasil daripadanya boleh terjawab jika SPR mengeluarkan perincian-perincian seperti yang dinyatakan. Tetapi, beranikah SPR mengeluarkannya?

Dan jika benar nilai peratusan pengundi Cina yang inginkan kerajaan baru terlalu rendah hingga tahap melampau, apakah seterusnya?

Jika benar, apakah karikatur tahap kurang ajar di akhbar Cina Sin Chew ini yang perlu dilakukan oleh DS Najib Razak kepada kaum Cina?

Adakah Melayu terpaksa tunduk pada cina untuk meraih undi? Ataupun Sinchew mahu memberi isyarat bahawa kaum Cina sekarang memegang kuasa penentu dalam halatuju politik negara?

Jika itu yang cuba dijelaskan, maka Sin Chew tersilap besar!

Di mana suara-suara sumbang yang melenting menuduh Utusan sengaja bakar sentimen rasis? Kenapa mereka berdiam diri dengan tindakan akhbar Cina itu?

Tolong jangan hipokrit.

Dan walau pun mendapat sokongan sangat kecil daripada pengundi Cina, BN masih berjaya. Najib Razak tetap menjadi Perdana Menteri dengan sokongan besar kaum Melayu, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak.



1 comment :

Aniz said...

website mysinchew.com dah pun tarik balik cartoon yg published hari tu

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.