Inilah dokumen yang paling penting dalam sesuatu pilihan
raya. Lebih penting dari kotak undi yang telah diisikan semula dengan
Kertas-Kertas Undi tu. Nak curi kotak undi pun tak apa. Tak menjadi masalah.
Selepas selesai pengiraan undi di saluran undi, KTM akan
mencatatkan keputusan pengundian di Borang 14 ini. Kemudian dia berikan kepada
Counting Agent calon-calon untuk pengesahan.
Counting agent calon-calon pun mengesahkan keputusan di
dalam Borang 14 ini. Setiap counting agent calon diberikan satu salinan Borang
14 ini.
Satu salinan Borang 14 diserahkan dengan tangan oleh KTM
kepada Returning Officer di Tempat Penjumlahan Undi untuk dibuat compilation
dengan Borang-borang 14 dari saluran-saluran pengundian lain.
Counting agent ini adalah authorised agent. Surat lantikan
dan surat sumpah kerahsian mereka ada pada SPR.
Apa lagi yang Pembangkang tak puashati? Tahukah mereka
tentang Borang 14 ini? Sampai sekarang duk menyalak macam mereka tahu semuanya.
Sudah-sudah la menipu Rakyat.
Terima sajalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Tak
puashati PRU14 lawan lagi. Gunakan kembali slogan 'ini kalilah' 'ubah' sampai
kiamat.
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment