Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 5, 2013

PRU-13: Polis bendung cubaan demonstrasi jalanan Malaysia Spring Hari Ini

PENYOKONG pakatan pembangkang mengutip semula bendera kecil berwarna-warni yang ditanggalkan penguat kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya di sekitar Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam.


KUALA LUMPUR 4 Mei - Polis telah mengambil langkah membendung cubaan untuk menggerakkan demonstrasi jalanan umpama "Arab Spring" yang dirancang pihak tertentu bagi mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya umum ke-13 esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.

"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan "Arab Spring" di negara ini.

"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil "Malaysia Spring" kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid berkata, polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil "Malaysia Spring" itu.

"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita. Jadi belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.

Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang semalam, Khalid berkata perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi esok.

Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.

"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.

Semalam, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun. - BERNAMA

 Sumber : Utusan

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.