Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 5, 2013

Pakatan Rancang Huru-Hara? Penyokong BN Tolong Jauhi Kuala Lumpur!

Sehingga jam 2.45 pagi ini, hampir dua ribu orang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi menunjukkan kekuatan politik mereka. Sehingga berita ini dilaporkan, masih belum menampakkan tanda-tanda Polis akan menyuraikan himpunan haram ini.

Perhimpunan sebesar ini mencerminkan Pakatan bersedia mencetuskan huru-hara jika mereka kalah malam esok. Jika dilihat tindakan mereka berarak seperti “Arab Spring” ia sekadar mengesahkan maklumat yang menyatakan Hishamuddin Rais akan melakukkan huru-hara jika Pakatan kalah malam esok. (Maklumat mengenai kempen huru-hara Hishammudin Rais akan didedahkan dalam laman ini pagi esok.)





Sementara itu, perarakan ini menimbulkan persoalan dari segi undang-undang. Selain ia merupakan satu kesalahan berhimpun beramai-ramai tanpa memaklumkan kepada Polis terlebih dahulu, ia juga melanggar peraturan Pilihan Raya juga, tiada lagi kempen dan himpunan yang boleh diadakan selepas Jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian. Malangnya, peraturan ini tidak dipatuhi.

Sebaliknya penyokong Pakatan keluar memenuhi jalan dan berarak menggunakan kereta dan motor tanpa mmepedulikan keselamatan lalu lintas.

Yang menggusarkan keadaan ialah penyokong Barisan Nasional juga sudah mula berkumpulan untuk menunjukkan kekuatan. Adalah wajar semua penyokong BN pulang ke rumah untuk berehat bagi hari pengundian esok. Lupakan monyet-monyet ini yang tidak mempedulikan kehidupan orang lain ini.

Kemenangan pilihan raya tidak ditentukan oleh siapa yang bersorak kuat.

Namun kita berharap Polis dapat mengambil tindakan tegas ke atas perhimpunan haram seperti ini. Mengapa mereka ini masih tidak ditangkap atau disuraikan?



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.