Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada
kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang
dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata,
dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh
berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.
Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras
mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.
Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan
ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.
“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani
perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin
kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada
Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini sebelum ini.
Pada pilihan raya umum Mesir yang lalu, Parti Kebebasan dan
Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu.
Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul
Muslimin.
Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan
adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan
Presiden II.
Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan
Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi
yang sentiasa dibawa Pas.
“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami
bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,”katanya.
Persoalannya di sini adalah dimanakah ‘Fatwa PAS’ untuk undi
bukan Islam kepada PAS! Mungkin Dr.Zulkefly boleh memberikan jawapannya?
Jika kita masih ingat sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu,
PAS mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin
daripada kalangan bukan Islam. Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac 2008
yang lalu, petugas PAS telah mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan
surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya,
bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.
Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang
mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan
daripada MIC yang mewakili BN. Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan,
Mohammad Nizar mengatakan beliau adalah Menteri Besar untuk semua kaum!
Bagaimana pula undi bukan Islam kepada PAS? Halal ke Haram ?
Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang
bukan Islam di kaca mata PAS? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam
sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi PAS?
Jika haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan
bukan Islam, jadi apa sebenarnya tujuan PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang
mana rata-ratanya bukan orang Islam. Dan sekarang kerusi Timbalan Presiden pula
hendak ‘dilelongkan’ kepada bukan Islam!
Ustaz Abdul Hadi kelihatan begitu bangga ketika melancarkan
Kelab Penyokong PAS sebelum pilihanraya PRU – 12 yang lalu dengan harapan untuk
menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh mereka kafir,
tapi bila PAS buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke,
janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada PAS yang mana rata-ratanya
beragama Islam. Bangga sangat ke PAS dengan Kelab Penyokong PAS mereka yang
rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam!
Sebenarnya, bukan hanya ahli PAS yang keliru dengan fatwa
politik sebegini, malah para pemimpin PAS sendiri sudah berkecamuk kerana
terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli. Tetapi dalam
konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para
pengikut PAS yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh
tok guru adalah betul,' maka Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz perlu
menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu
berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC
sebagai kafir.
Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila
dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin
Pas berkata, " orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari
kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak
Islam ".
``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak
turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang
bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah PAS
jawab,``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara PAS, Keadilan dan
DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha PAS sama ada di Kelantan atau
Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama
pengundi Cina ketika pilihanraya yang lalu?
Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong PAS yang mana
rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “
barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya
menghalalkan yang haram. PAS atau UMNO. Wal Halalku..Wa Harammu!
Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa
seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya.
Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap
percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan
pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik
pandai dan golongan profesional yang menyokong PAS?
Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak
mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat
persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin
juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka
fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh PAS?
Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam PAS.
Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang
dikata dan lakukan.
Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja
melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama
dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul
Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup
menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi
sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya sebelum itu.
Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap
diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Halal ke Haram?
PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan
pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada
politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah PAS bergabung dengan UMNO
yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu
sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara
Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup
menjual maruah agama Islam itu sendiri.
Slogan undi PAS masuk syurga tidak akan membolehkan parti
itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil
dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah
pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara
Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh.
UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara
paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam,
takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem
Islam melalui penggunaan dinar emas.
Kepada Dr.Zulkefly, ingatlah bahawa parti Ikhwanul Muslimin
adalah berlainan dengan PAS. Ikhwanul Muslimin adalah hai'ah jaamiah iaitu
sebuah organisasi menyeluruh dan bukan semata-mata parti politik. Bila terlibat
sebagai parti politik seperti juga di Jordan, Ikhwanul Muslimin menubuhkan
parti politik ie Freedom and Justice Party (FJP), dan melantik Coptic Christian
intellectual Rafiq Habib sebagai naib president bukan timbalan presiden.
Strategi Ikhwanul Muslimin amat berbeza dengan PAS kerana
Ikhwanul Muslimin adalah jamaah induk ummah, bergerak seluruh dunia, lebih dari
70 buah negara. Berbeza dengan PAS, terpaksa memikul dua peranan sekali gus
tanpa menubuhkan sayap parti politk memandang keadaan dan suasana Mesir/Arab
dan Malaysia adalah berbeza sama sekali.
Tambahan pula, PAS bukan cabang Ikhwanul Muslimin, justeru
Ikhwanul Muslimin mempunyai syarat keahlian sedang FJP terbuka. Kemungkinan
juga Dr Dzulkefly ingin menjadikan PAS seperti Freedom and Justice Party (FJP),
dan beliau berwala' dengan jamaah induknya IRC..?
Kepada penyokong-penyokong PAS yang fanatik dan para
profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan
memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa
yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO
itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk
PAS itu akan masuk ‘syurga’ kerana beliau sendiri pun tiada kepastian.
Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat
masuki politik. Adakah mereka dijanjikan ‘neraka’ kerana tak masuk PAS. Adakah
dengan mengundi PAS mereka akan dapat ‘tiket’ masuk ke syurga? Tiada siapa yang
boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.
Jika mengambil kira kata-kata Pemimpin PAS ini bahawa "
orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam
dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam ", maka
kepada pengundi-pengundi PAS untuk PRU ke-13 nanti harus berfikir dua kali
sebelum mereka keluar mengundi nanti. Takut-takut HARAM pula jadinya undi anda
kerana bertentangan dengan kehendak lslam.
Fikir-fikirkan lah! Wallahuallam.
Baca seterusnya : sini
No comments :
Post a Comment