Hospital
Putrajaya berhantu? Benarkah dakwaan ini? Penulis difahamkan sebuah
hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah
menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Gangguan ini
dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita berambut
panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara
(IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama
Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?
Meskipun boleh dikategorikan
antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia,
Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan
agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu
lepas.
Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan
umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan
oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif
terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar
daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan
berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua
tahun lalu.
Antara
makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu
kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita
cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering
muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada
waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau waktu malam
dengan memakai baju berwarna putih atau kuning
Walaupun rata-rata
kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan
upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat
perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital
berkenaan.
Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron
Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk
merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan
berlandaskan al-Quran.
No comments :
Post a Comment