Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 6, 2013

Anwar Gagal Lawan Takdir Allah, Impian Jadi PM Ke-7 Tidak Dimakbul


anwar ibrahim25


Meskipun, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 undi, namun beliau gagal mengotakan janjinya untuk menawan Putrajaya sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini.

Beliau memperolehi 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail yang mendapat 25,369 undi dan Abdullah Zawawi Shamsuddin yang hanya mendapat 201 undi.

Dalam kempennya sebelum ini, Anwar mendakwa beliau bakal menawan Putrajaya dengan meletakkan Datuk Husam Musa sebagai penjaga pintu, namun calon Pas itu tewas di tangan BN.

Ketika kempen itu juga Anwar membayangkan beliau sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 dengan menyeru kakitangan kerajaan agar jangan membakar dokumen-dokumen penting dan turut memberi amaran kepada kumpulan media termasuk TV3, RTM, Utusan Malaysia yang bakal beratur menemuinya.

Namun, selepas pengumuman SPR yang BN masih lagi memerintah Putrajaya dalam PRU 13, Anwar mula menyalahkan SPR yang didakwanya gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil.

“Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan,” katanya.

Sementara itu, di peringkat parlimen, PKR berada di tempat kedua selepas DAP, apabila parti cauvanis Cina itu melonjak 38 kerusi berbanding dengan PKR mendapat 30 kerusi.

Pada pilihanraya umum 2008, PKR mendahulu dengan 31 kerusi berbanding DAP.

Kedudukan kerusi parlimen PKR mengikut negeri :

KEDAH (15): BN (10), Pas (1) PKR (menang 4 daripada 7 dipertanding). Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kalah di Kulim Bandar Baharu

KELANTAN (14): BN (5), Pas (9) PKR (0 daripada 3 dipertanding). Pengerusi PKR Kelantan, Abd. Aziz Abd. Kadir kalah di Ketereh

TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4) PKR (0 daripada 1 dipertanding)

PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (menang 3 daripada 4 dipertanding)

PERAK (24): BN (12), DAP (7), Pas (2), PKR (menang 3 daripada 10 dipertanding). Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty tumbang di Bagan Serai. Mustafa Kamil Ayub tewas di Parlimen Pasir Salak.

PAHANG (14): BN (10), DAP (1), Pas (1), PKR (menang 2 daripada 5 dipertanding)

SELANGOR (22): BN (5), DAP (4), Pas (4), PKR (menang 9 daripada 11 dipertanding). Prof Dr Abdul Aziz Bari kalah di Sabak Bernam.

WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (menang 4 daripada 6 dipertanding). Ketua staff Anwar, Ibrahim Yaakub tumbang di Setiawangsa.

NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (menang 1 daripada 3 dipertanding)

MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (menang 1 daripada 3 dipertanding)

JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (menang 1 daripada 12 dipertanding). Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng kalah di Segamat

SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (menang 1 daripada 19 dipertanding). Datuk Seri Lajim Ukin kalah di Beaufort. Mojilip Bumburing@ Wilfred tewas di Tuaran. Dr Badrulamin tewas di parlimen Silam

SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (menang 1 daripada 15 dipertanding). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kalah di Limbang.





Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.