Sepatutnya Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin melihat sendiri dan berasa takut dengan suasana di Sungai Limau. Seharusnya barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang menggalas harapan untuk berada di barisan paling hadapan UMNO, berasa risau dengan perkembangan yang ditunjukkan di Sungai Limau.
Rata-rata anak muda yang berkumpul saban malam, malah yang mengimarahkan semua UPU PAS, adalah anak muda tempatan. Mereka ini tidak segan silu untuk mengibarkan bendera dan menyumbangkan tenaga untuk PAS, sedangkan golongan anak muda yang membantu Barisan Nasional dalam PRK DUN Sungai Limau ini pula, terdiri daripada golongan anak muda yang dikutip dan diupah untuk melakukan kerja.
Dari awal lagi, gerak kerja Pemuda UMNO Malaysia di Sungai Limau, berada pada tahap yang amat memalukan. Khairy Jamaluddin dan Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, dilihat tidak ubah seperti pondan yang dipakaikan kain batik.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, kehadiran kedua-dua orang pemimpin utama Pemuda UMNO itu, langsung tidak memberikan sebarang impak. Walaupun muka dan batang tubuh kedua-duanya ditayangkan oleh media sesekali, namun apa yang mereka lakukan sebenarnya menunjukkan dan membuktikan bahawa ada agenda lain yang dibawa di Sungai Limau.
Sudah ramai yang bercakap tentang cubaan Pemuda UMNO Malaysia untuk mensabotaj peluang UMNO-BN di Sungai Limau sendiri berdasarkan mutu kerja dan persembahan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda UMNO Malaysia itu.
Hari ini yang merupakan hari pembuangan undi mengesahkan lagi dakwaan berkenaan. Peraih-peraih dan perayu-perayu undi bagi pihak UMNO-BN, hampir kesemuanya WANITA dan sebilangan kecil PUTERI. PEMUDA langsung tidak kelihatan.
Anehnya, kalau ada kamera televisyen, atau ada pak-pak menteri dalam majlis kempen, muka-muka mereka mudah dilihat tersengih-sengih dan menempek di sebelah pak menteri. Namun dalam hal bekerja, merekalah yang paling culas, paling pemalas dan paling tidak boleh diharap.
Kerja-kerja kempen di Sungai Limau telah dijalankan sepenuhnya oleh WANITA dengan sedikit bantuan daripada PUTERI. PEMUDA UMNO yang datang hanyalah untuk melepak sesama sendiri, kononnya berkempen tetapi sebenarnya berceramah di hadapan penyokong sendiri atau petugas yang dipaksa mendengar ceramah mereka, sepertimana yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO pada hari pertama dia muncul di Sungai Limau setelah dimarahi oleh seorang SETPOL kerana langsung tidak turun membantu.
Yang lebih menghairankan ialah, mereka ini semuanya amat kreatif ketika meminta jawatan.
TheUnspinners
telah mendedahkan motif utama Pemuda UMNO yang bukannya berjuang
untuk parti, sebaliknya untuk menjadi kaya-raya seperti Khairul Azwan
Harun dengan sumber yang amat mencurigakan!
Pada
ketika PAS sedang mempopularkan, ANAK MUDA BERSAMA-SAMA PAS dan
kempen tersebut sangat berjaya, Pemuda UMNO pula kelihatan
terkapai-kapai syok sendiri di dalam kelompok sendiri sambil berkokok
menyatakan 'KAMI SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMIMPIN NEGARA.'
Malang sungguh nasib UMNO dengan barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang lemah longlai, tidak kreatif, bodoh dan sangat haloba.
Malang sungguh nasib UMNO dengan barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang lemah longlai, tidak kreatif, bodoh dan sangat haloba.
Seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment