Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 5, 2013

GST : Kejahilan Anwar Dalam Ekonomi Negara


Yuktes Vijay – Bajet 2014 telah dibentangkan Jumaat yang lalu. Bajet tersebut memenuhi kriteria yang dikenal pasti sebelum pembentangan dibuat oleh kajian Standard Charted Bank dan diakui serta diendos oleh Forex Trading untuk kesuburan eknomi. Antara pengesyoran yang dibuat ialah :

a) Malaysia harus kurangkan fiskal defisit
b) Harus kurangkan subsidi
c) Harus tegas dan yakin dgn implementasi GST


Kesemua kriteria di atas dipenuhi sepenuhnya. Namun, menurut Anwar Ibrahim, Bajet 2014 menindas rakyat untuk kesalahan Barisan Nasional yang tidak pandai tadbir negara.

Ini sesuatu yang tidak mengejutkan kerana fakta dan asas dalam ucapan balas Bajet 2014 olehnya selaku Ketua Pembangkang tidak diselaputi logik ataupun kebenaran.

Implementasi GST diibaratkan sebagai cukai regresif. Bagaimana GST boleh digelar cukai regresif apabila negara-negara luar progresif seperti UK,France dan Jerman menggunakan sistem yang sama. DI Malaysia pula, hampir 300 00 0 pekerja akan dikecualikan cukai pedapatan berdasarkan skala gaji baru. Ini regresif?

Kritikan Anwar yang menuduh Kerajaan BN tidak prihatin kerana memulakan cukai GST dengan 6%. Anwar turut menggunakan Singapore sebagai contoh untuk menguatkan kritikannya. Kejahilan ekonomi Anwar terserlah melalui kenyataan-kenyataan ini. Malah ia menampilkan sebab hutang negara kita naik sebanyak 10% ketika portfolio Menteri Kewangan dipegang olehnya.

Cukai GST dimulakan pada kadar 6% kerana 3% peratus daripada jumlah pungutan cukai akan digunakan untuk kaedah serta penyelarasan cukai. Hanya 3% daripada jumlah kutipan cukai itu menyumbang kepada pendapatan negara. Perbandingan dengan Singapura tidak masuk akal kerana keadaan ekonomi,nilai mata wang,densiti penduduk serta per capita kedua-dua negara sangat berbeza.

Lebih-lebih lagi, Singapura telah memperkenalkan sistem cukai yang baru berdasarkan nasihat “Report of the Economic Committee, The Singapore Economy: New Direction” 4 tahun sebelum implementasi GST. Cukai di Singapura mencecah 40% sebelum itu dan itulah sebabnya cukai GST di Singapura dimulakan dengan 3% dan tidak ditukar untuk jangka masa yang panjang.

Anwar juga berpendapat  ini bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan GST kerana kadar ekonomi yang rendah. Sekali lagi, sumbangan pendapat yang tidak berasas. Kajian terperinci ini dibuat setelah perbandingan dibuat diantara UK dan Jerman di mana pada 1979 UK naikkan peratusan GST dan pada 1968 Jerman naikkan GSTnya. Inflasi di Jerman boleh dibendung pada masa itu kerana kadar ekonominya rendah tapi inflasi telah naik di UK kerana kadar ekonomi ketika itu tinggi.

Akhir kata, International Monetary Fund(IMF) [organisasi di mana Anwar pernah memegang jawatan pengerusi j/kuasa] telah lama menyaran Malaysia untuk mengamalkan GST bagi pengutipan cukai secara rapi dan penambahan jumlah kutipan cukai. Takkan Anwar berpendapat lain dengan “penasihat ekonominya” ketika kegawatan ekonomi 1998?

Pemansuhan subsidi gula juga dipolitikkan Anwar yang menuduh pemansuhan tersebut menguntungkan taikun gula iaitu Syed Mokhtar. Satu lagi hujah tahap pra sekolah. Sila baca cerita di bawah.
“Azmin suka makan ais krim. Dia beli ais krim 3 kali sehari untuk RM 1 bagi satu ais krim. Malangnya satu hari harga ais krim naik.

Kalau Azmin terus beli 3 ais krim,belanja dia sehari adalah RM 6. Penjual ais krim yang untung. Adakah penjual ais krim itu bersalah kerana jual ais krim?

Kalau Azmin beli 1 ais krim sahaja sehari, dia jimat RM 1 sehari. Malah, tahap kesihatan Azmin akan lebih baik. Nampak beza? Azmin dapat makan ais krim yg dia suka, dapat tingkatkan tahap kesihatan dan juga sempat jimat RM 1.”

Inilah hakikat sebenar Bajet 14 Barisan Nasional yang dibentangkan oleh PM Najib Razak. Tahu tak anda hanya Malaysia sajayang memberi subsidi untuk gula? Malah negara Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai per kapita yang lebih daripada Malaysia mengenakan harga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Subsidi gula hanya memanfaatkan syarikat-syarikat minuman ringan. Menurut kajian, purata yang digunakan oleh syarikat adalah 8 sudu besar dan individu pula 4-5 sudu besar. Masa itu, Anwar Ibrahim tidak bersuara pun syarikat-syarikat tersebut mengaut untung.

Isu-isu pelaksanaan GST dan pemansuhan subsidi gula memang bernas dan wajar. Anwar tidak mampu fikir secara waras kerana keinginan untuk berkuasa. Pembohongan serta taktik tipu Anwar mengenai Bajet 2014 akan didedahkan lagi selepas ini agar rakyat faham Anwar hanya pentingkan kuasa, bukan kebajikan rakyat, kemakmuran ekonomi ataupun pembangunan negara.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.