Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 7, 2013

GST - Penipuan PR tentang kesan terhadap anda, rakyat Malaysia #Bajet2014



Saya pernah menulis mengenai kenapa pengguna tidak perlu risau mengenai GST di twitter beberapa tahun lepas. Ramai di kalangan penyokong PR menyerang saya, sedangkan apabila ditanya mereka sendiri tidak faham apa sebenarnya GST. Ada seorang penyokong PR akhirnya mengakui yang GST sebenarnya ada kebaikan tetapi dia sengaja menyerang sebab dia tidak suka GST dilaksanakan. Manusia macam ni pun ada dalam PR, patutlah teruk PR ni.

Dalam bulan Mei 2013, sekali lagi saya siarkan posting mengenai GST , kali ini di dalam blog apabila ada yang kecoh-kecoh tentang GST. Posting "Cukai Jualan, Inflasi dan kenapa peniaga DAP tolak pelaksanaan GST?" http://tunfaisal.blogspot.com/2013/05/gst-cukai-jualan-inflasi-dan-kenapa.html ini bersumberkan satu artikel dalam  http://econsmalaysia.blogspot.com/2013/05/gst-and-inflation.html.


Disebabkan ramai yang masih tak berapa faham tentang GST ni dan mudah menjadi mangsa penipuan PR, saya kongsikan satu lagi artikel untuk kefahaman pembaca di bawah:-

GST in Malaysia – How the Goods and Services Tax affects You

Saya kongsikan juga penerangan daripada Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan sebagai rujukan semua di sini - 






Begitupun, walaupun saya menyokong pelaksanaan GST namun persiapan bagi melaksanakannya dari segi sistem dan perkakasan perlu dibuat dengan teliti. Jangan jadi macam mesin dan perisian dan pelaksanaan biometrik yang mempunyai pelbagai kelemahan dan masih memerlukan penambah baikan.


Baca artikel menarik di bawah untuk mengelakkan diri daripada dimanipulasikan dan dieksploitasikan oleh pembangkang...

Sumber : Tun Faizal


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.