Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, November 3, 2013

KANTOI !!! PEMBERIAN ANWAR IBRAHIM SEBANYAK RM3 JUTA TAK MAMPU UBAH PENDIRIAN SIRUL !!! SIAPA SIRUL ??? WAJIB BACA !!!

Sepertimana kebanyakan isu-isu lain yang dituduh Anwar ke atas pemimpin UMNO,kes pembunuhan Altantuya juga nampaknya akan turut memakan diri Anwar sendiri.Ini berikutan pendedahan terbaru bekas Setiausaha Sulitnya iaitu Rahimi Osman yang tampak konsisten dengan pendedahan Datuk Dr. Zulkefli Noordin tidak lama dahulu.Menurut Rahimi,pembangkang pernah cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya dengan wang tunai berjumlah RM3 juta untuk membuat pengakuan palsu.Usaha tersebut dilakukan pada Jun tahun lalu bertujuan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut.Apa yang didedahkan Rahimi mengukuhkan persepsi bahawa penglibatan Anwar dalam kes Altantuya adalah lebih daripada sekadar ingin memburukkan Perdana Menteri iaitu tidak mustahil yang beliau sebenarnya terlibat secara langsung. 

Sebelum ini,Zulkifli Noordin yang pernah menjadi peguam Anwar dan juga peguam kepada Cif Inspektor Azilah yang dituduh bersama Sirul atas kesalahan membunuh Altantuya,memberitahu umum bahawa Anwar pernah mengarahkan beliau memaksa tertuduh mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan tersebut.Campurtangan Anwar itu berlaku pada penghujung tahun 2006 yang mana merupakan penyebab utama Zulkifli menarik diri dari kes tersebut sehingga akhirnya membawa kepada keputusan meninggalkan Anwar dan PKR.Menurut Zulkiflli,Anwar mendesaknya mereka-cipta bukti palsu dan mendapatkan akuan bersumpah dari tertuduh untuk mengisytiharkan penglibatan Perdana Menteri.Beliau bagaimanapun,tidak dapat berbuat demikian kerana ia tidak menepati kenyataan anak guamnya.Malah anak guamnya,iaitu Azilah bersumpah pula yang Datuk Seri Najib tidak ada kena mengena sedikit pun dengan kes tersebut. Mereka-cipta kenyataan palsu bagi anak guam adalah bersalahan dengan etika perundangan.Oleh kerana itu,Zulkifli memilih untuk membuat semakan sendiri dan berjaya membuktikan yang Perdana Menteri mahupun isteri langsung tidak terlibat malah berada di luar kawasan secara berasingan.

Zulkifli akhirnya meletak jawatan sebagai peguam bela Azilah pada 2009 setelah tidak tahan dengan desakan Anwar.Beliau kemudiannya turut mendedahkan bahawa Anwar menawarkannya ganjaran yang lumayan yang boleh ‘menggoyahkan iman’ untuk tugas kotor tersebut.Pada Mac 2010,Zulkifli turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie Anwar.Nampaknya strategi politik Anwar begitu banyak bergantung kepada wang iaitu menyogok dan terus menyogok bagi menjatuhkan Perdana Menteri.Selain Zulkifli dan Sirul,turut disogok ialah bapa kepada mangsa liwatnya iaitu Azlan.Azlan yang sebelum itu begitu giat membela dan sanggup menemani anaknya bersumpah sehingga ke Mekah,tiba-tiba membuat U-turn di saat-saat pilihanraya.Walaubagaimanapun,beliau sekali lagi membuat U-turn dan mengaku bahawa tindakannya mengkhianati anaknya adalah tidak wajar sama sekali.Berdasarkan sejarah politiknya,saya yakin bahawa tanpa wang,Anwar tidak mungkin mampu berdiri sebagai ahli politik lagi.Tanpa wang,Anwar akan keseorangan.Azmin,Chegu Bard,Jo Bedul,Sam Ketot,Shamsidar hatta Wan Azizah dan Nurul Izzah juga belum tentu akan sanggup menjulangnya jika Anwar tidak punya wang lagi.Tanpa mereka ini,tentulah tiada parti.Tanpa parti,siapalah Anwar Ibrahim.Hari ini,Anwar masih mampu berdiri kerana wang baginya,bagai tiada had.Namun,percayalah bahawa di dalam dunia ini semua benda mempunyai had,melainkan kuasa Allah SWT sahaja yang bersifat infiniti.
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.