Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.
Isu
terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan
isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa
berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial –
multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza
mengikut kehendak Anwar.
Ketika
Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika
memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku
proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan
ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang
mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual
di pasaran terbuka.
Di
mana-mana ceramah ketika berhadapan dengan khalayak Melayu-Islam,
Anwar sering memprovokasi persoalan ‘niat’ Stamford
Raffles
(penjajah British) mengupah Abdullah
Munsyi
menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu. Pada Anwar, niat utama
Raffles menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu semata-mata untuk
‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara
ini.
Begitulah
ekstrim dan radikalnya Anwar terhadap survival Melayu-Islam, jadi
tidak salah jika Subky
Lattif
tergoda dengan perjuangan Anwar serta ‘mendoakan’ agar Anwar
menjadi Presiden PAS, selepas Asri
Hj Muda
yang dilihat sebagai seorang nasionalis yang berada di pentas Islam.
Manakala Anwar pula dilihat sebagai Islamis yang sepatutnya berada di
pentas Islam.
Perubahan
pemikiran dari Islamis ke Liberalis ?
Tetapi,
itu cerita dulu. Sekarang, selepas keluar dari penjara Sungai Buloh
(2004), pemikiran Anwar berubah 360 darjah. Sebaik sahaja menghirup
udara segar di luar penjara, orang yang pertama dikunjungi adalah
Paderi Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.
Untuk apa
melawat dan meminta ‘restu’ daripada Ketua Biskop Kristian yang
kontroversi itu ? Desmond Tutu merupakan paderi kontroversi dan
‘fatwa’nya menghalalkan amalan homoseksual ditolak oleh majoriti
penganut Kristian. Klik di
sini
Ketika
Anwar berceramah kali pertama di New York anjuran National Endowment
for Democracy (NED) pada tahun 2005, Anwar secara jujur mengakui,
pemenjaraannya selama 6 tahun telah merubah pemikirannya, inspirasi
kebebasan individu dan prinsip hidup beragama menular ke dalam
sanubarinya. Dia mahukan kebebasan secara total dilakukan di negara
ini, bermula dari kebebasan cara hidup hingga kebebasan beragama.
Pendiriannya
ini dipertegaskan lagi oleh Anwar ketika berceramah di Melbourne,
Australia, dalam program The Parliament of World’s Religions
(Parlimen Agama Dunia).
Anwar
berkata sepanjang berada di penjara, dia banyak menghabiskan masa
dengan mengkaji pemikiran William Shakespeare dan membaca semua
koleksi-koleksi kitab Bible serta mengulangkaji semula kitab Ramayana
dan Mahabrata, pemikiran falsafah barat dan sebagainya.
Ketika
mengulas perubahan pemikiran ‘Islam’ Anwar ini, Khalid
Jaafar
dalam
facebook Irsyad Sidi menulis,
“Imam
Shafiee ada dua mazhab, Qaul Kadim dan Qaul Jadid. Dahulu Anwar kuat
dipengaruhi oleh Naqib al-Attas yang ekslusivis. Anwar terus belajar
dan berkembang pemikiran, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan
Qaraqdhawi, Hossein Nasr, Taha Jabir dll”
Anda
setuju Anwar Ibrahim setaraf dengan Imam Shafie seperti yang cuba
digambarkan oleh Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) itu ?
Kalau
Anwar setaraf dengan Imam Shafie, bermakna ramalan Subky Latif masih
relevan dan Anwar masih layak menjadi Presiden PAS sekarang ini ?
Saya
tidak fikir begitu. Kalau PAS bersetuju menerima Anwar sebagai
Presiden PAS, tidak mungkin akan berlaku perpecahan serius dalam PAS
yang terbelah kepada dua kem; ulama dan Erdogan.
Husam
Musa yang diwar-warkan sebagai kem Erdogan dan mempunyai kaitan
dengan Anwar tidak popular dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan dia
sendiri tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden ekoran label
‘Erdogan’ dan ‘Anwar’ yang terpahat di dahinya.
Tetapi,
apa yang cuba digambarkan oleh Khalid Jaafar itu, transisi pemikiran
Anwar dari Islamis ke Liberalis. Dulu berpegang kepada pemikiran Syed
Qutb dan Hassan Al Banna, kini berpegang kepada pemikiran liberal
Syed Hussein Nasr dan Taha Jabir Al Awani.
Tentang
Anwar berpegang kepada pemikiran Dr
Yusof Al Qaradawi,
seperti yang cuba digambarkan oleh Khalid itu, banyak perkara perlu
diperbahaskan lagi. Jalur pemikiran Dr Yusof Qaradawi sangat berbeza
dengan jalur pemikiran Anwar.
Dr Yusof
Qaradawi menolak usaha persefahaman dialog Muslim dan Kristian yang
dilihat berat sebelah, manakala Anwar pula menerima sepenuhnya dialog
itu, walaupun tidak menguntungkan Islam.
Berbeza
dari segi pendekatan, Qaradawi melihat keuntungan kepada Islam
melebihi keuntungan peribadinya, manakala Anwar lebih mementingkan
keuntungan peribadinya melebihi keuntungan Islam.
Sememangnya,
sebagai penganut liberalis seperti Khalid Jaafar, dia berusaha sedaya
upaya menarik watak Dr Yusof Qaradawi ke dalam kelompoknya untuk
berselindung di sebalik bayang-bayang ulama terkenal Mesir itu.
IIIT
sama dengan Ikhwan Muslimin ?
Tetapi
saya mempunyai pendapat yang berbeza. Saya lebih cenderung mengatakan
pemikiran Islam Anwar sekarang sama seperti ketika berada dalam ABIM
dahulu. Dulu tidak ketara, sekarang semakin terserlah.
Pada
tahun 1981, ketika Anwar menjadi Presiden ABIM, Anwar bersama-sama
dengan Taha
Jabir Al Awani, Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman
dan Dr
Ismail Al Faruqi
menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau The
International Institute of Islamic Thought (IIIT), di Virginia,
Amerika Syarikat.
Ramai
orang keliru dengan mengatakan IIIT dan Ikhwan Muslimin adalah jalur
yang sama, apatah lagi usaha RAND Corporation menyamakan kedua-dua
kelompok ini dengan melabelkan sebagai ‘Muslim
Brotherhood’.
Ada usaha
tersirat di sebalik usaha pelabelan RAND itu. Walaupun dilabelkan
kedua-duanya sebagai Muslim Brotherhood, tetapi Dr
Yusof Al Qaradawi tidak
terlibat dalam perencanaan badan itu, tetapi Anwar Ibrahim adalah
salah seorang master design di dalam RAND Corporation.
Sebenarnya
jalur pemikiran IIIT (baca Triple IT) berbeza dengan pemikiran Ikhwan
Muslimin, Mesir. Umar at-Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa
Masyhur, Ma’mun al-Hudhaibi, Muhammad Mahdi Akif yang menjadi
pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir tidak menyertai IIIT, walaupun IIIT
mendakwa badan bersifat antarabangsa. Dan Dr Yusof Al Qaradawi,
termasuk dalam kelompok Ikhwan Muslimin, Mesir itu.
Untuk
lebih mudah memahami jalur pemikiran IIIT dan Ikhwan Muslimin,
bandingkan jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang
(Presiden PAS). Perbandingan di antara jalur pemikiran Anwar Ibrahim
dan Abdul Hadi Awang ini akan menentukan hubungan sebenar Anwar dan
Al Qaradawi.
Di luar
negara, Anwar boleh mendakwa bahawa dia sangat rapat dengan Presiden
PAS dan mendakwa Presiden Parti Islam itu sama dengan pemikirannya.
Mungkin masyarakat barat akan terpedaya apabila melihat foto-foto
Anwar bersama Hadi Awang, tetapi di dalam negara, rakyat Malaysia
(khususnya di kalangan ahli PAS) dapat membezakan pemikiran Anwar dan
Hadi Awang, meskipun mereka bersama-sama dalam PR.
Begitu
juga, di dalam negara, Anwar boleh mendakwa pemikirannya sama seperti
Al Qaradawi, berdasarkan foto-foto yang menunjukkan mereka bersama,
tetapi di Mesir dan Amerika Syarikat, masyarakat luar tahu bahawa
Anwar dan Qaradawi mempunyai pemikiran yang berbeza. Sampai sekarang
Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat,
berdasarkan latar belakang pegangannya, tetapi Anwar, bukan setakat
bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat, bahkan boleh membawa
kawan-kawan terdekatnya (Khalid & Azmin) mengunjungi kawasan
pusat operasi perisikan rahsia, Amerika iaitu di Pentagon.
Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 2005.
Hakikatnya
IIIT, hanya dianggotai oleh tokoh-tokoh Islam yang pro Amerika
Syarikat.Dari Malaysia, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim. Dari Mesir,
Taha Jabir Al Awani. Manakala sebahagian besar ahlinya merupakan
pelarian dari negara Islam yang menetap di Amerika Syarikat seperti
Dr Ismail Faruqi (allahyarham), Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman,
termasuk juga Taha Jabir Al Alawani.
Perbezaan
IIIT dan Ikhwan ini diperkukuhkan lagi pendapat bekas Presiden JIM
(Jemaah Islah Malaysia), Saari
Sungip.
Abu Urwah atau Saari Sungip, ketika menjadi Presiden JIM, merupakan
penyokong kuat Anwar Ibrahim dan selepas Anwar ditahan di penjara
Sungai Buloh, Saari Sungip merupakan barisan depan yang mengetuai
reformasi hingga dia sendiri pernah ditahan ISA di atas kesetiaan
kepada Anwar dan peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis
Tertinggi Parti Keadilan Nasional(PKN) merancang demonstrasi jalanan.
Sebaik
sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) dan menetap
di Amerika Syarikat (2005-2007), Saari Sungip mengistiharkan diri
keluar dari Parti Keadilan dan menyertai PAS tanpa memberitahu sebab
musababnya. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Saari keluar PKN,
sedangkan dia sanggup ditahan ISA kerana mempertahankan parti itu
suatu ketika dulu.
Pada
tahun 2006, Saari Sungip menulis di kolum Siasah mendedahkan salah
satu sebabnya, iaitu faktor Amerika Syarikat. Sebelum dipenjara dan
berada dalam penjara, Anwar hanya didakwa pro Amerika Syarikat, tanpa
bukti yang konkrit, tetapi selepas bebas dari penjara, sikap sebenar
Anwar semakin terserlah, apabila berhijrah dari Malaysia ke Amerika
Syarikat, serta menjadi sebahagian missionari kerajaan Amerika
Syarikat ke atas dunia Islam.
Posisi
Anwar di Amerika Syarikat yang berada di pusat rekrut kader-kader
Amerika Syarikat iaitu di SAIS (The Paul H. Nitze School of Advanced
International Studies) John Hopkins University dan CMCU (Center for
Muslim and Christian Understanding), Georgetown University juga turut
dipertikaikan.
Apatah
lagi Anwar sendiri direkrut sendiri oleh Paul
Wolfowitz, John Esposito
dan Syed
Hussein Nasr,
yang merupakan pemain di sebalik tabir dalam meliberalkan dunia
Islam. Klik di
sini, di
sini dan di
sini
Dalam
tulisan “Hassan
Al Banna dan Syed Qutb : Antara dua waqi’ yang berbeza”,
Saari membandingkan dua waqi(tempat/kaedah) di antara Hassan Al Banna
& Syed Qutb (Ikhwan Muslimin, Mesir) dengan Ismail Al Faruqi dan
Anwar Ibrahim (IIIT, Amerika Syarikat).
“Gagasan
International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di
bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi
perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang
mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada
mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam
Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa
politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah?
Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana
salahnya?” Klik di sini
Kotak
pandora ‘Kalimah Allah’
Isu
kalimah Allah, bukan isu terasing. Isu ini berkait rapat dengan isu
murtad seperti Azlina Joy dan Moorty, Forum Memeluk Islam dan IFC
(Interfaith Council), Artikel 11 dan seangkatan dengannya.
Bagaimana
sikap Anwar terhadap isu IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad dan terbaru
Kalimah Allah ?
Dalam isu
IFC yang heboh diperkatakan dulu, pendapat Anwar sekata dengan
penajanya KAF (Konrad Adenuer Foundation). KAF, sebuah yayasan
Kristian dari Jerman yang menjadi salah satu penaja Anwar merupakan
badan utama dibelakang IFC itu. Klik di
sini dan di
sini
Kekecohan
“Forum Peluk Islam” dan “Subashini & Shamala Revisited”
satu ketika dahulu juga menyaksikan fenomena yang sama.
Zulkifli
Nordin, Ahli Parlimen PKR, dikenakan tindakan oleh PKR kerana
menyertai demonstrasi menentang program forum itu. Anwar juga menjadi
pembela forum itu, walaupun sebahagian besar ahli-ahli PAS diketuai
oleh Salahuddin Ayub menentang forum tersebut. Klik di
sini
Dalam kes
murtad, Anwar sengaja mendiamkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan berkaitan isu itu di dalam negara. Tetapi di luar negara,
kelantangan Anwar membenarkan murtad amat ketara. Prinsip Anwar
seperti yang diwar-warkan oleh media barat adalah demokrasi dan
kebebasan, termasuk kebebasan memilih apa sahaja agama tanpa halangan
institusi keagamaan.
Dalam isu
Lina
Joy,
Anwar menyokong keputusan wanita Melayu itu untuk murtad kerana itu
adalah hak asasinya. Prinsip Anwar dinyatakan kepada wartawan BBC
yang disiarkan di media barat.
Ketika
diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on
Religion & Public Life, di Amerika Syarikat (2006), Anwar juga
menyokong kes murtad Moorthy.
“Saya
bersetuju terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan
masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama
mereka…Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy,
kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum
meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara
Islam melalui Mahkamah Syariah….Pada kepercayaan saya, rayuan
isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun,
Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.Ini adalah rasa
percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri
Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini
menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan
mereka propaganda mereka mengenai Islam yang moderat”. Klik di
sini
Satu
aspek lagi, semua pihak yang terlibat dalam IFC, Forum Memeluk Islam,
Murtad adalah pihak yang sama dalam inner cirle Anwar.
Malik
Imtiaz adalah
pengerak utama IFC. Dia turut disokong oleh kawan-kawan seangkatannya
terdiri daripada Haris
Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah
dan Zaid
Ibrahim.
Malik Imtiaz juga merupakan peguam pemerhati yang membela kes murtad
Lina Joy.
Klik di
sini
Sekarang Malik Imtiaz merupakan peguam utama kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Manakala Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah merupakan barisan peguambela kes liwat Anwar. Zaid Ibrahim adalah tunggak utama PKR, begitu juga Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.Klik di sini
Forum
Memeluk Islam bermula dari kritikan Anne James yang mempertikai
keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy,
M Moorthy and R Subashini. Siapa Anne James ? Dia adalah isteri
kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.
Bermakna
semuanya berpunca dari sumber yang sama, yang berpusat di PKR yang
berketuakan Anwar Ibrahim.
Kalimah
Allah : Anwar langgar teguran ulama ?
Isu
kalimah Allah ini sudah lama berlanjutan. Anwar lah yang merancang
supaya provokasi ini berlanjutan hingga ke hari ini.Klik di
sini
Isu ini
bermula pada Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia
memohon penggunaan Kalimah Allah daripada Anwar Ibrahim dalam
perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di
Petaling Jaya.
Anwar
menjawab “Sejak
generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut
Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu
istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka”
Klik di
sini
Pada 16
Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri
Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman di mahkamah berhubung
penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN
dan kerajaan sebagai responden.
Hujah Tan
Sri Murphy Pakiam perkataan Allah bukanlah eksklusif kepada agama
Islam. Kalimah Allah digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk
asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur
dalam Bahasa Malaysia.
Pada Mac
2009, isu kalimah Allah bergema di parlimen apabila wakil UMNO (Ahmad
Zahid Hamidi) bertikam lidah dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad
dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan
penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah
oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib
Azamuddin.
Pada
April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam
kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.
Kata
Anwar, “Orang
Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah
runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah
Allah kepada Kristian”
Ketika
Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada
Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk
Harussani,
Mufti Perak.
Tanpa
menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar
sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan
PKR peringkat Perak pada September 2009.
Isu ini
menjadi isu paling sensitif pada 31 Disember 2009, apabila Hakim
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk
Lau Bee Lan
membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah
dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly.
Umat
Islam mula bangkit menentang keputusan mahkamah itu. PAS melalui
Timbalan Muryidul Am, Datuk Haron Din mengeluarkan kenyataan
membantah media keputusan mahkamah itu serta menghuraikan secara
panjang lebar bahawa kalimah Allah tidak terdapat dalam kitab Bible,
jadi permintaan melalui mahkamah penggunaan kalimah Allah dibimbangi
mempunyai agenda tersirat.
Bahkan Dr
Haron Din berkata :
“Mana-mana
umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan
penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The
Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada
KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din
berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam
juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan
syirik.” . Klik
di
sini
Tetapi
Anwar tidak pernah mempedulikan teguran ulama dan sarjana Islam itu.
Secara konsisten, Anwar terus bertegas dengan pendapatnya. Melalui Dr
Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan
(semua) Agama (BIPPA), PKR, satu kenyataan mendia dikeluarkan untuk
menyokong keputusan mahkamah itu. Klik di
sini
Persoalannya,
apa agenda Anwar berkempen membenarkan kalimah Allah kepada Kristian,
sedangkan dia sendiri tahu isu itu paling sensitif yang boleh
menguggat kestabilan negara ?
Anwar
mahu negara ini bergolak seperti 13 Mei, supaya kaum saling
mencuragai antara satu sama lain ?
Kalau
benar, inilah animal politic, politik menghalalkan cara yang pernah
dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, bapa gay, di Turki.
No comments :
Post a Comment