Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 4, 2013

KENAPA EMAK DITEMBAK AYAH?

Berkongsi Info dari Blog Mazidul Akma

Laporan khas Utusan Malaysia hari ini mencatatkan, 150,000 pengawal keselamatan warga asing berkhidmat di Malaysia. Sekaligus mendominasi kerjaya itu berbanding bilangan warga tempatan, kira-kira 100,000.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, 30,000 pengawal keselamatan haram kini berkhidmat khususnya di Lembah Klang. Justeru beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan lebih tegas.

Pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 tahun, di Subang Jaya, Selangor disahkan berstatus pengawal keselamatan haram. Tidak hairan jika dia bukan menjaga keselamatan pegawai itu malah menembak mati mangsa secara kejam.

Semalam Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim menyampaikan sumbangan RM100,000 dan juga pampasan insurans RM352,188 kepada suami mangsa, Irwan Kamaruddin semperna majlis tahlil dianjurkan.


"Kenapa emak ditembak ayah? Apa salah emak?"

Itu soalan lazim dikemukakan oleh 2 anak mangsa,  Nurnisa Nabila, 12 dan Muhd Hazimi, 8 tahun.

Klik disini untuk meneliti laporan Berita Harian. 

Biarlah saya menjawab soalan itu.

Emak kamu tidak bersalah. Cuma penjenayah itu tidak berperikemanusiaan dan gelap mata tatkala melihat jumlah wang banyak di hadapannya. Pada masa sama, majikan penjenayah itu juga bersikap cuai kerana gagal mengenal pasti identiti sebenar lelaki berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia dan membenarkan dia bertugas sebagai pengawal keselamatan haram tetapi bersenjata.
 
 
Penjenayah terbabit, ayah kepada 3 anak. Di bawah, gambar isterinya bersama anak bongsu mereka.

Klik disini untuk melihat gambar ahli keluarganya yang lain. 

Untuk rekod, isteri penjenayah itu dan 10 saudara serta kenalan bekas pengawal keselamatan itu telah ditahan oleh polis untuk tujuan siasatan.

Mungkin anak penjenayah itu juga sering mengajukan soalan kepada ibu mereka.

"Ibu ayah mana?"

Lalu ibunya barangkali menjawab ...

"Ayah kamu  hilang  selepas  menembak  mati  secara  kejam wanita Malaysia. Kini  dia kaya, memiliki banyak wang, lebih RM400,000 tetapi dia menjadi buruan polisi"
Sebagai manusia berstatus ayah, saya yakin, penjenayah itu juga merindui isteri  dan anaknya. Biarpun mempunyai wang tunai ratusan ribu di tangan, kegusaran sentiasa menghantui dirinya. Dia juga pasti berasa gentar  untuk  pulang ke  kampung  halaman di  Sulawesi.  Hemat saya, pihak  berkuasa  Indonesia, tidak  teragak-agak untuk  menghulurkan bantuan cuba mengesan penjenayah itu.
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.