Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 7, 2013

Melayu Di Singapura Merempat...PKRDAPIGPAS Mahukan Orang Melayu Di Malaysia Begini!!!!



MPA terbaca artikel yang dikeluarkan oleh GWM mengenai orang Melayu di Singapura, sedih melihat orang melayu disana yang dikatakan ditindas dan hidup mereka macam merempat di negara sendiri.

Singapura ... negara kebanggaan juak juak parti PAS. Blog blog pembangkang khasnya cukup memuja dan teruja dengan sentuhan Lee Kuan Yew menjadikan Singapura lebih maju dari Malaysia.
Kononnya ... masyarakat Melayu terbela dibawah pemerintahan kerajaan PAP Singapura, abang kandung DAP! Kebajikan masyarakat Melayu dibawah naungan Lee Kuan Yew lebih terbela jika dibandingkan dengan orang Melayu di Malaysia.
Orang Melayu di Malaysia ditindas, kebajikan diabaikan, harta dirompak dan berbagai lagi fitnah dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN dan DS Najib.
Benarkah orang Melayu di Singapura semakin hebat dan terbela nasib mereka ...

Misliah Mohd Som, bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai baki USD125.00 (selepas ditolak sewa dan utiliti) untuk menampung perbelanjaan tiga anaknya. Yuran persekolahan anak tidak dibayar berbulan lamanya. Bagaimana dengan perbelanjaan harian, makan dan minum?
Ahli Parlimen hanya memperuntukkan sebulan (RM 304.70) sebagai balasan menyokong dan mengundi. Keadaan ekonomi semakin buruk, masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah sudah tidak lagi mengalami kenaikan gaji sejak 10 tahun yang lalu.

Hebat ... hebat orang Melayu di Malaysia. Kakitangan awam sudah beberapa kali dinaikkan gaji, elaun dan berbagai lagi kemudahan. Kerajaan BN terlalu bermurah hati. Tidak dinaikkan gaji nanti, disokong dan diundi pula parti pembangkang.

Sudah diberi berbagai kemudahan, masih lagi memberontak orang Melayu pada kerajaan. Ditambah pula dengan hasutan dari parti pembangkang seperti PAS yang semakin berkiblatkan DAP.
Mungkin ini yang PAS mahukan selama ini. Persetankan hak orang Melayu ... Nak harapkan Anwar Ibrahim? Wan Azizah? Heh ... anak sendiri pun menentang dan memperlekeh hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mungkin orang Melayu perlu bergantung harap kepada parti DAP, adik kandung parti PAP Singapura ... mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu lebih terjaga dibawah parti dominasi orang Cina ... kerana kerajaan BN terlalu kejam selama ini?
Mungkin nasib orang Melayu Malaysia akan lebih terbela seperti Misliah Mohd Som ... Melayu Singapura yang hanya diberi USD 30.00 sebulan sebagai imbuhan mengundi dan menyokong parti dominasi orang Cina! ..
Seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.