Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, November 1, 2013

Ops roboh Kg Hakka: Wakil rakyat pembangkang, pemimpin NGO ditahan [Saksikan 2 buah Video Kg Hakka & Janji Anwar di Kg Buah Pala ]


NILAI - Dua ahli Parlimen dan empat Adun dari DAP antara 19 individu yang ditahan polis kerana menghalang operasi perobohan di Kampung Hakka, dekat Mantin semalam.
 
 
Mana janji manis mu Anwar
 
Bezanya di Kampung Buah Pala, tiada pemimpin-pemimpin DAP yang nak tunjuk taring kerana kampong Buah Pala dibawan pentadbiran DAP sendiri. Tiada yang meroyan.
 
 
Enam wakil rakyat tersebut ialah Anthony Loke (Parlimen Seremban), Teo Kok Seong (Ahli Parlimen Rasah), J Arul Kumar (Adun Nilai), P Gunasekaran (Adun Senawang), Chew Seh Yong (Adun Bahau) dan Ng Chin Tsai (Adun Temiang).

 
Turut ditahan Setiausaha Agung Parti Siosalis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan dua aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Nalini Elumalai dan Thevarajan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Hakka, Chong Tze Yaw.
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Mantin untuk diambil keterangan.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Bagaimanapun kesemua wakil rakyat itu dibebas kira-kira jam 8.30 malam tadi dengan jaminan mulut melalui peguam mereka iaitu Cha Kee Chin yang juga merupakan Adun Bukit Kepayang.
“Sebanyak 19 tangkapan dibuat melibatkan 16 lelaki dan tiga wanita.

Daripada jumlah berkenaan, dua merupakan Ahli Parlimen dan empat lagi Adun negeri ini manakala baki selebihnya adalah aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO).
“Kesemua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang penjawat awam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Katanya, insiden kekecohan berlaku bermula jam 9.30 pagi dengan tangkapan pertama bermula kira-kira jam 10 pagi dan berterusan sehingga tengahari.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali polis membuat penahanan berhubung isu perobohan Kampung Hakka 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 telah ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu.
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
Pertikaian antara penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan seluas kira-kira 15 hektar bagi memberi laluan kepada pihak pemaju Mega Nine bagi tujuan pembangunan komersil.

Dalam operasi semalam tiga rumah stinggan dan sebuah dewan Persatuan Murid Tua Sekolah Chi Chi, dekat situ dirobohkan.
Salah seorang penduduk, Reena Sir Mohd, 32, berkata, Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya dihalau daripada rumah sendiri, apatah lagi hanya mampu melihat kediaman berkenaan rebah menyembah bumi.

“Kami sekeluarga tidak menyangka akan ditimpa nasib sebegini rupa memandangkan sudah menetap di Kampung Hakka sejak 45 tahun lalu tanpa sebarang masalah. Justeru, tiada apa lagi dapat kami lakukan selain berserah sepenuhnya pada ALLAH.
“Buat masa ini, kami bercadang untuk menyewa khemah bagi menempatkan segala kelengkapan rumah, selain turut menjadi tempat berteduh,” katanya.

Seorang lagi, Kamal Mohd Zain, 29, pula kesal kerana ditawarkan dengan pampasan yang tidak setimpal oleh pihak pemaju jika dibanding dengan jumlah kerugian yang mereka alami.
“Kami akur dengan perintah dikeluarkan mahkamah namun sukar untuk kami beri kerjasama memandangkan pampasan diberikan terlalu sedikit. Kejadian sebegini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri campur tangan.

“Sebenarnya, perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya pemaju mahu berunding dengan penduduk. Kami pasti sudah berpindah sejak awal-awal lagi jika diberikan penempatan baharu sebagai ganti, tidak kiralah apa jenis kediaman sekalipun,” katanya.  
Dalam pada itu, Mohd Amin Sir Mohd, 31, berkata, peristiwa itu tidak akan dilupakan seumur hidupnya kerana rumahnya dirobohkan sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

“Nampaknya, inilah kali terakhir saya menyambut ulang tahun kelahiran di rumah ini. Tidak tahulah, ke mana saya dan keluarga akan membawa diri selepas ini,” katanya.
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.