Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 5, 2013

Rasuah: Pembangkang Pura-Pura



Isu memerangi rasuah ialah senjata utama yang digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk meraih undi sejak PRU ke-12 lagi. Ini jelas dilihat pada dokumen-dokumen manifesto, termasuklah manifesto PKR yang dinamakan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’. Dokumen berkenaan dengan berkobar-kobar mengisytiharkan bahawa “Dengan semangat membara KeADILan untuk memerangi rasuah, pembaziran dan salah tadbir, kadar pertumbuhan sebanyak 8% adalah sangat realistik untuk kita capai.”

Seharusnya sebelum mahu berbicara tentang ‘memerangi rasuah’, PKR khasnya parti-parti pembangkang patut sedar terlebih dahulu bahawa ‘perang’ itu, bukanlah suatu perkara yang indah dan enak. Operasi 3B yang dilancarkan oleh SPRM baru-baru ini ialah salah satu contoh perang sebenar terhadap rasuah, bukan ‘perang’ air liur dan main-main ala pembangkang. Kita rakyat Malaysia sebenarnya telah menjadi saksi kepada operasi memerangi rasuah yang paling besar dalam sejarah negara, membabitkan ribuan anggota SPRM dengan bantuan Bank Negara, LHDN dan Jabatan Peguam Negara. Beberapa kontena borang kastam K1 telah disita, bukti telah dikumpul tentang transaksi, pemilikan harta dan butir-butir akaun yang mencurigakan. Kemudiannya serbuan-serbuan dilakukan dalam tempoh 48 jam dan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan untuk siasatan lanjut. Namun seperti yang dijangka, media-media pembangkang seolah-olah membisu tanpa laporan usaha bersejarah SPRM ini.

Rakyat sebenarnya cuma ingin tahu bagaimana JKDM, yang mengurus beribu-ribu transaksi kemasukan barangan import di pintu-pintu masuk negara, boleh ditingkat kembali menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara seperti LHDN. Rakyat juga cuma tagihkan rahsia bagaimana seorang pegawai JKDM berpangkat rendah boleh memiliki ratusan ribu ringgit dalam akaun-akaun amanah saham dan membeli rumah serta kereta mewah secara tunai. Ini sama sekali bukanlah pendedahan yang indah-indah dan enak-enak, namun inilah hakikat peperangan.

Walau bagaimanapun, sejurus insiden kematian seorang pegawai JKDM yang sedang disiasat di bangunan SPRM, media-media alternatif dan pembangkang tampak sama sekali berubah arah. Malaysiakini yang dahulu lantang mengaitkan kakitangan awam dan rasuah dengan tajuk rencana seperti “‘Kabel’ dengan k’tangan awam yang rasuah”, tiba-tiba berubah nada simpati apabila menggunakan tajuk “KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan”.

'Malaysiadahulu' dan Malaysiakini: Sebelum dan selepas Operasi 3B
.
The Malaysian Insider yang dahulu giat ‘menelanjangkan’ JKDM dengan memetik SPRM “Tangkapan rasuah Kastam cuma sebahagian kecil dari sebenar, kata SPRM” (“Customs graft bust just tip of iceberg, says MACC“) kini adalah jaguh pembela JKDM apabila memetik rakan si mati “Mustahil Sarbani membunuh diri, kata rakan” (“Impossible for Sarbani to commit suicide, says friends“) sambil menunjukkan gambar rakan dan keluarga si mati yang sedang bersedih.
 


The Malaysian Insider: Dahulu hentam cukup-cukup, sekarang 'bela' pula?

Tidak ketinggalan lidah PAS, Harakah, yang dahulu giat menghentam jabatan kerajaan dengan penggunaan tajuk berita seperti “Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera” kini pandai pula menjadi sahabat akrab kepada kakitangan awam dengan menggesa “Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil”.

Dalam suasana keruh ini, PAS muncul juara penghentam SPRM dengan membawa berita “Takziah: Bawa ‘kain putih’ kalau disiasat SPRM”. Walhal di dalam manifesto PRU ke-12nya, PAS lantang berikrar akan ‘Memperkukuh agensi-agensi’Pemantau’ (Watchdog) seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR)’. Celah mana ‘memperkukuh’nya? Gelagat ini sama sekali tidak konsisten dan menyerupai sifat kemunafikan.

Apa yang lebih mengecewakan ialah tingkah laku DAP dalam ‘memerangi rasuah’. Sejurus selepas penghakiman kes Tan Boon Wah v. Datuk Seri Ahmad Said Hamdan and Ors pada November 2009, yang mengehadkan soal siasat SPRM kepada hanya sehingga pukul 5.30 petang, Pengerusi DAP yang juga peguam yang mewakili plaintif, Karpal Singh, telah menyatakan di luar mahkamah bahawa “para saksi untuk tiga tahun sebelum ini, yang telah ditahan secara salah dan soal siasat mereka dijalankan selepas waktu pejabat boleh menuntut ganti rugi.” Bukankah menggalakkan pesalah-pesalah rasuah menyaman SPRM ialah keburukan (mischief) yang besar? Apa jenis faedah yang Karpal Singh harapkan apabila bersusah-payah untuk menghasilkan kekalahan moral bagi SPRM dan kemenangan moral kepada perasuah?
 
1. “‘Kabel’ dengan k’tangan awam yang rasuah,” Malaysiakini, 25 Ogos, 2010, http://www.malaysiakini.com/news/141085
2. “KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan,” Malaysiakini, 6 April, 2011, http://www.malaysiakini.com/news/160758
3. “Customs graft bust just tip of iceberg, says MACC,” The Malaysian Insider, 2 April, 2011, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/customs-graft-bust-just-tip-of-iceberg-says-macc/
4. “Impossible Sarbani would commit suicide, say friends,” The Malaysian Insider, 6 April 2011, http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/impossible-for-sarbani-to-commit-suicide-say-friends/

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.