Pelajar
tingkatan tiga dari Seberang Takir, Kuala Nerus yang nekad berhenti
sekolah selepas video yang memaparkan dirinya dipaksa mencium kaki
seorang perempuan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini akan
kembali bersekolah pada minggu depan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pelajar perempuan yang dikenali sebagai Mia itu akan menyambung semula pelajaran yang terkandas di sebuah sekolah di Kemaman dan pihak Yayasan Terengganu (YT) telah diarah menguruskan perkara tersebut termasuk berkaitan soal asrama.
Beliau yang sempat meluangkan masa bertemu pelajar itu di rumahnya Sabtu lalu mendapati anak yatim berkenaan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar bagaimanapun terhalang akibat rasa malu diejek rakan-rakan.

"Saya
terkejut bila dimaklumkan tentang kes pelajar berhenti sekolah, saya
tidak boleh berkompromi dalam isu pendidikan lebih-lebih lagi
kejadian ini berlaku di kawasan saya, Dun Seberang Takir.
"Sebagai jaminan untuk Mia, saya juga minta pihak YT membuat pemantauan di samping memberi makluman awal kepada pihak sekolah agar kita dapat mengelak sebarang gangguan terhadapnya kerana kita tidak mahu kejadian di luar dugaan berulang lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri di sini hari ini.
Turut hadir isterinya Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof serta Pengarah Pembangunan Wanita negeri, Saharuddin Mohd Kia.
Dalam kejadian pada 8 dan 9 September lalu, Mia mendakwa beliau dipaksa melakukan perbuatan tersebut selepas dipaksa oleh ibu kepada perempuan berkenaan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Sementara itu, Ahmad Razif turut meminta kedua-dua pihak khususnya ahli keluarga menyelesaikan permasalahan secara murni sekali gus menjernihkan keadaan. - Bernama
Itu beritanya...
Ini pula asal mulanya...
SUNGGUH
melampau dan keterlaluan.. satu klip video yang merakam aksi seorang
gadis dipaksa mencium kaki seorang perempuan yang merupakan anak
tauke sebuah restoran tersebar menjadi viral di media sosial
baru-baru.
Perbuatan biadap dan kurang ajar si anak tauke itu sekali gus mencetuskan amarah malahan dikecam oleh ramai netizen tempatan sendiri.
Lebih mengejutkan, kejadian yang dikatakan berlaku di Seberang Takir, Terengganu ini dikatakan mendapat sokongan dan disaksikan oleh ibu si pembuli itu.
Bahkan, akibat trauma dengan insiden tersebut, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga dikatakan nekad berhenti sekolah berikutan berasa amat malu.

Menurut
pelajar yang hanya mahu dikenali Mia, sebelum insiden dipaksa cium
kaki, perempuan itu pernah memukulnya dan cuba menanggalkan
pakaiannya pada hari yang berbeza.
“Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.
“Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai.
“Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya.

“Bagaimanapun,
selepas kejadian itu, saya didesak untuk bertemu di restoran milik
keluarganya dengan alasan dia telah menyesal.
“Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.
“Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf,” ujarnya.
Jelas Mia, ketika kejadian dia yang terkejut diperlakukan sedemikian, tiada pilihan lain selain mengikuti arahan ekoran dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.
MYNEWSHUB difahamkan, Mia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu baharu sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.
Berikutan kejadian, dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. –MYNEWSHUB.CC
Klip
video tentang seorang anak yatim dipaksa mencium kaki seorang remaja
perempuan yang kelihatan sangat sombong dengan disaksikan oleh
seorang wanita yang dikatakan ibu remaja sombong tersebut
yang sedang bertepuk tangan, viral di media-media sosial minggu
lepas.
Kejadian
dilaporkan berlaku di hadapan kedai makan milik ibu bapa
remaja sombong tersebut di Teluk Ketapang, Seberang Takir,
Terengganu.
Pendedahan
tersebut menyebabkan orang ramai memulau dan memboikot kedai
makan yang diusahakan oleh ibu bapa remaja sombong tersebut.
Walau
apa pun dialasankan oleh remaja sombong itu
dan ibunya, hakikatnya, mereka telah menganiaya
seorang anak yatim. Sedangkan seharusnya mereka yang
berbangsa Melayu dan beragama Islam, perlu sedar bahawa
menganiayai anak yatim adalah satu dosa besar.
Sudah
sepatutnya remaja perempuan sombong itu dan ibu
bapanya dihukum. Tiada sebarang kompromi untuk golongan penyombong
seperti itu. Wajah dan bentuk tubuh badan mereka perlu
didedahkan agar orang ramai dapat mengenali golongan yang
sangat suka menganiaya anak-anak yatim!!! Seterusnya
No comments :
Post a Comment