Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 7, 2015

APA MASALAH MAMAT NI? HAMID BADOR, TERDESAK JUAL CERITA SAMPAI FITNAH ROSMAH & ZAHID HAMIDI


Bekas Timb Pengarah Cawangan Khas Datuk Abd Hamid Bador semakin terdesak & emosi selepas ditukarkan dari  PDRM . Hari ini  beliau  menuduh   Timb Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang pertukaran ini  disebabkan berjumpa dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail .
Lebih teruk lagi seperti mengikut idolanya Tun M jual cerita  , nama isteri PM DS Rosmah Mansor juga dikaitkan oleh Hamid Bador  kononnya hadir bersama dalam mesyuarat itu .
Ternyata kenyataan desperado  Hamid Bador ini sudah sampai ke tahap emosi dan sudah terkeluar dari landasan etika  seorang pegawai tinggi PDRM .
Jika semasa dalam PDRM , beliau sendiri mengaku sering bertanya proses siasatan 1MDB  lembab dan hari ini masih lagi bertanya . Bukankah sepatutnya semasa beliau masih dalam Cawangan Khas dengan jawatannya seharusnya menjalankan siasatan dan membantu menyegerakan proses siasatan .
Oleh itu , tak perlu rasanya Menteri Dalam Negeri melayan pertanyaan beliau yang hanya seorang penjawat awam yang melalui proses pertukaran biasa . 
Pegawai Khas nafi Rosmah terbabit dengan pertukaran Abdul Hamid

PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador. Katanya, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.
Bohong, semuanya bohong,” tegasnya ketika dihubungi FMT.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam “mesyuarat tergempar” yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.